IPOH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat atas tiga tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan, Mac lalu.
Tertuduh, Mohamad Kasim Abdul Wahab, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun tujuh bulan di tepi Sungai Kenering, Kampung Belum Baru Lawin, Gerik, kira-kira jam 1 petang, 27 Mac lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa bagi tujuan seksual di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin, termasuk seorang dalam kalangan ahli keluarga terdekat.
Tertuduh dan ahli keluarganya juga dilarang untuk mendekati dan mengganggu mangsa.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh diwakili peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Nov 17 2023

Mohamad Kasim mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak. - Gambar/ Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kes rogol dilaporkan berlaku di PPS Kelantan semasa banjir
Lelaki terbabit ditahan pada 6 Disember lalu dan dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Rogol remaja OKU: Pengawal keselamatan dipenjara 15 tahun, sembilan sebatan
Mohd Rafiee Abdullah, 27, yang berdepan tiga pertuduhan, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan.

Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur
Seorang atlet Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lepas.

Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan ke atas seorang kelindan lori atas tuduhan lakukan amang seksual dan merogol.

Penganggur direman disyaki rogol pelajar 14 tahun
Seorang penganggur direman selama tujuh hari bermula Khamis selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja tepi sungai
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat atas tiga tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan, Mac lalu.

Rogol remaja perempuan: Reman tujuh lelaki disambung
Perintah reman ke atas tujuh lelaki termasuk lima remaja yang sebelum ini ditahan atas kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disambung tiga hari bermula Selasa hingga Khamis.

Penganggur mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur.

Tukang masak hadapi 7 pertuduhan rogol, liwat pelajar Tingkatan Tiga di ladang sawit
Seorang tukang masak dituduh di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga.

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur di Layang-Layang, Kulai, tahun lalu.