KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui laman Facebook miliknya minggu lepas.
Muhammad Indera Mulia Ahmad, 35, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain yang jelik sifatnya melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil 'Indera Mulia' dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 10.29 pagi, 21 April.
Hantaran berserta lampiran memaparkan gambar Sultan Johor itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 6 petang, 24 April.
Pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.
Sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh membuat sebarang hantaran mengenai kes ini sepanjang kes berjalan di mahkamah, bagaimanapun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan dan hutang yang banyak.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
![Lelaki mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik terhadap Sultan Johor Lelaki mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik terhadap Sultan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682671425_TBHANTARANJELIK.jpg)
Muhammad Indera Mulia (dua, kiri) didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain yang jelik sifatnya melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil 'Indera Mulia' dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 21 April. -Bernama
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![Pekerja sambilan bebas tuduhan buat komunikasi jelik berkaitan darurat Pekerja sambilan bebas tuduhan buat komunikasi jelik berkaitan darurat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724920918_courtgavelmahkam.jpg)
Pekerja sambilan bebas tuduhan buat komunikasi jelik berkaitan darurat
Seorang pekerja sambilan dibebaskan daripada pertuduhan membuat komunikasi jelik berhubung Proklamasi Darurat melalui aplikasi Facebook.
![Pengerusi Pemas bebas tuduhan buat komunikasi jelik berkenaan Muhyiddin Pengerusi Pemas bebas tuduhan buat komunikasi jelik berkenaan Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724318738_MahkamahTinggi.jpg)
Pengerusi Pemas bebas tuduhan buat komunikasi jelik berkenaan Muhyiddin
Pengerusi Pasukan Pekerja Malaysia-Singapura (Pemas) dibebaskan daripada pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan Muhyiddin.
![AGC tolak representasi penulis blog 'Sang Kelembai' AGC tolak representasi penulis blog 'Sang Kelembai'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721378519_ZarinMohdYasin.jpg)
AGC tolak representasi penulis blog 'Sang Kelembai'
AGC menolak representasi yang dikemukakan penulis blog 'Sang Kelembai' untuk menggugurkan pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin.
![AGC tolak representasi jurutera teknologi maklumat gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam AGC tolak representasi jurutera teknologi maklumat gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718167878_TBAhmadFeisalMohdKa.jpg)
AGC tolak representasi jurutera teknologi maklumat gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam
AGC menolak representasi dikemukakan seorang jurutera teknologi maklumat bagi menggugurkan pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik menghina agama Islam.
![Lelaki didenda RM7,000, buat hantaran berbaur lucah terhadap pegawai polis wanita Lelaki didenda RM7,000, buat hantaran berbaur lucah terhadap pegawai polis wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701341186_JUDGE.jpg)
Lelaki didenda RM7,000, buat hantaran berbaur lucah terhadap pegawai polis wanita
Pertuduhan terhadap Mohamad Fatariza adalah menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
![Pembantu klinik mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik terhadap PM kelapan Pembantu klinik mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik terhadap PM kelapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698822566_TaiZeeZing.jpg)
Pembantu klinik mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik terhadap PM kelapan
Seorang pembantu klinik di Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin,
![Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694416189_LokmanNoorAdam.jpg)
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.
![Penganggur dipenjara dan didenda buat komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor Penganggur dipenjara dan didenda buat komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693980539_TBkomunikasijelik.jpg)
Penganggur dipenjara dan didenda buat komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor.
![Penganggur didakwa buat komunikasi jelik hina Sultan Johor, keluarga Diraja Penganggur didakwa buat komunikasi jelik hina Sultan Johor, keluarga Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688876906_PenganggurSultanJoho.jpg)
Penganggur didakwa buat komunikasi jelik hina Sultan Johor, keluarga Diraja
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat komunikasi jelik menghina Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor.
![Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685337962_LokmanNoorAdam.jpg)
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.