KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik berbaur lucah kepada seorang pegawai polis wanita menerusi akaun Facebooknya, dua tahun lepas.
Hakim N.Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Fatariza Abd Hamid, 49, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda, bagaimanapun OKS membayar denda itu.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut untuk menyakitkan hati orang lain di akaun Facebook "Fatariza Hamid" pada 2.13 pagi, 30 Julai 2021 dengan pautan dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, Wangsa Maju pada 11.05 pagi, tarikh sama.
Pertuduhan terhadap Mohamad Fatariza adalah menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal sebelum itu memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS serta orang awam supaya lebih berhati-hati dan menjaga adab dalam menggunakan media sosial.
"OKS membuat hantaran itu kepada seorang penjawat awam. Oleh itu, satu pengajaran harus diberikan kepada OKS supaya tidak mengulangi kesalahan sama," kata Nurilya Ellyna.
Peguam Salmi Hamdan Sabran yang mewakili OKS merayu hakim mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya mempunyai tiga anak dan seorang daripadanya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) serta menghidap penyakit jantung.
"Ini merupakan kesalahan kali pertama anak guam saya dan dia memohon maaf serta insaf atas kesalahan yang dilakukannya. OKS berharap mahkamah dapat memberikan peluang kedua untuk dia berubah ke arah yang lebih baik," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Pertuduhan terhadap Mohamad Fatariza adalah menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar hiasan
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Rentas sempadan guna laluan haram: Tiga rakyat Malaysia didenda
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama.
Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
Mahkamah Moscow denda TikTok US$28,600 gagal turunkan kandungan terlarang
Tik Tok Pte Ltd didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 2 Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia.
Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data
Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.
Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF
Victor Axelsen meluahkan kekecewaannya terhadap BWF yang memuat naik kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China.
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah denda bekas penjaga gol Arsenal
Lehmann dituduh pendakwa raya menggergaji rasuk bumbung di garaj, pada Julai 2022.