Seorang tukang masak meninggal dunia di balai pelepasan Lapangan Terbang Miri di sini semasa sedang menunggu penerbangannya ke Singapura, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata Niek Pick Huat, 38, dari Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya, di sini, pada mulanya dijumpai oleh seorang pegawai imigresen dalam keadaan pucat dan tidak sedarkan diri di atas kerusi urut itu pada pukul 12 tengah hari ini.
"Dia disahkan meninggal dunia pukul 1.05 petang ini," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini sambil menyatakan sebelum disahkan maut, pihak pasukan perubatan dari Lapangan Terbang Miri serta ambulan dari Hospital Miri telah memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada lelaki itu.
Menurutnya berdasarkan kenyataan saksi sebelum kejadian, lelaki yang bekerja sebagai tukang masak di Singapura itu dilihat duduk di kerusi urut di Tingkat Satu di balai pelepasan itu selama kira-kira sejam.
"Lelaki itu mempunyai penyakit darah tinggi berdasarkan maklumat yang diberi oleh abangnya," kata Lim dan menambah kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2019
Niek yang mempunyai penyakit darah tinggi disahkan meninggal dunia pukul 1.05 petang. - Gambar hiasan
AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman yang melibatkan dakwaan titah tambahan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut. #AWANInews
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. #AWANInews
PLKN 3.0 bermula dengan lancar - Khaled Nordin
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, yang bermula hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan, telah disediakan pada tahap terbaik, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. #AWANInews
Isu halal: siasat pihak guna logo halal pada sandwich ada unsur babi - Dr. Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan 'ham dan cheese' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM). #AWANInews
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
AWANI Ringkas: Lebih 8,000 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran sampah punca balai pelepasan KLIA diselubungi asap
Ruangan balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini diselubungi asap tebal akibat kebakaran dalam saluran sampah di tingkat tiga bangunan itu pada Khamis.
Lelaki maut semasa tunggu penerbangan di balai pelepasan
Niek Pick Huat pada mulanya dijumpai oleh seorang pegawai imigresen dalam keadaan pucat dan tidak sedarkan diri di atas kerusi urut pada pukul 12 tengah hari.