ALOR SETAR: Seorang lelaki maut semalam akibat kecederaan dipercayai dipukul rakan serumahnya di Taman Gemilang, Sungai Lalang dekat Bedong, sejak sebulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata buruh kontrak berusia 39 tahun itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
"Mangsa dihantar ke hospital oleh rakan serumahnya (suspek) dan kematiannya disahkan oleh doktor yang bertugas di Zon Merah Jabatan Kecemasan HSAH pada 3.40 petang.
"Doktor berkenaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di seluruh badan dan beliau yang mengesyaki mangsa mungkin dipukul telah menghubungi polis bagi memaklumkan perkara itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Zaidy berkata sepasukan anggota polis telah ke HSAH untuk menjalankan siasatan dan doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati kesan kecederaan pada tubuh mangsa adalah akibat dipukul sejak sebulan lepas.
"Hasil pemeriksaan mendapati telinga kanan mangsa bengkak, kesan luka di tangan kanan dan kiri, kesan pukul di kedua-dua bahagian peha serta luka di badan.
"Polis telah mengambil keterangan bekas isteri mangsa dan dimaklumkan bahawa mangsa bersama seorang anaknya tinggal di rumah rakan lelaki, yang merupakan suspek kes ini. Beberapa jiran juga mendakwa ada terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek," katanya.
Zaidy berkata susulan itu, pihaknya menahan suspek yang berusia 36 tahun dan suspek mengaku pernah memukul mangsa menggunakan kayu serta tangan sejak sebulan lepas kerana mangsa tidak mahu bekerja selain kerap memukul anaknya sendiri.
"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan jenayah. Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dan menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022
Buruh kontrak berusia 39 tahun itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Lelaki maut dihempap pokok balak
Seorang lelaki warga Indonesia maut dihempap sebatang pokok balak di kawasan pembalakan Kampung Hulu Paka di sini pada Isnin.
Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.
Lelaki dibaham harimau: Isteri dengar bunyi teriakan dan seretan ke arah hutan
Anak mangsa turut meminta orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan tidak sahih dan tidak benar berkaitan kejadian yang menimpa ayahnya.
Lelaki maut kemalangan babit 10 kenderaan
Seorang lelaki maut manakala tiga cedera termasuk seorang wanita parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Seremban.
Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
Sempat mohon maaf pada ibu, lelaki maut terjatuh perigi
Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam perigi dianggar sedalam hampir lima meter berdekatan rumahnya di Kampung Nesa, Skudai..
Cubaan curi kabel gagal, lelaki maut jatuh dari tingkat 23
Suspek berusia 29 tahun yang maut juga dikesan mempunyai 10 rekod jenayah lampau.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.