Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.41 malam.
"Pasukan keluaran operasi (PKO) yang tiba di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berusia 47 tahun telah terjatuh ke dalam perigi berhampiran rumahnya.
"Menurut saksi iaitu adiknya, mangsa ada menghubungi ibunya untuk memohon maaf sebelum didapati terjatuh ke dalam perigi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Saiful Bahri, anggota bertindak membuat pemeriksaan dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat selaman ke dalam perigi tersebut.
"Mangsa dijumpai pada jam 10.30 malam dan dibawa naik ke atas dengan menggunakan tali.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pembantu perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. -- Sinar Harian