NILAI: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa Mohamad Iskandar Abdollah Zawawi, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss seorang diri.
"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun hilang kawalan lalu terjatuh di laluan bertentangan.
"Ketika itu terdapat sebuah lori dalam perjalanan dari arah Sepang, Selangor menghala ke Pantai gagal mengelak dan melanggar motosikal mangsa" katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 46 tahun tidak cedera.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi tujuan bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 27 2022
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di Nilai, pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Lelaki maut nahas motosikal, lori
Mohamad Iskandar Abdollah Zawawi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.