MANJUNG: Seorang lelaki maut setelah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi kereta di Jalan Kampung Panchor, Pantai Remis, di sini hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai M. Ravi, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.32 pagi tadi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan Proton Saga.
"Dalam kemalangan itu, seorang maut dan seorang cedera. Kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke hospital oleh pihak KKM bagi rawatan susulan.
Operasi yang diketuai oleh PPgB Mohd Akmal Hussin itu tamat pada jam 11.10 pagi.
Astro Awani
Mon Nov 14 2022

Seorang lelaki maut setelah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi kereta di Jalan Kampung Panchor, Pantai Remis. -Astro AWANI

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Pelajar tingkatan enam maut dalam kemalangan ketika hendak ke sekolah
Seorang pelajar perempuan tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, di sini maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan, pagi tadi.

Polis kesan pemandu Perodua Myvi memandu secara melulu
Polis mengesan satu video tular yang berdurasi selama 39 saat yang dimuat naik di Facebook.

Cemas bawa dadah, lelaki langgar kereta peronda polis
Cemas akibat membawa dadah, seorang lelaki bertindak melanggar bahagian depan kereta peronda polis ketika cuba melarikan diri daripada ditahan penguat kuasa itu di Lubuk Jong Pasir Mas awal pagi tadi.

Suami isteri maut, tiga anak parah nahas kereta-treler di Lebuhraya Timur Barat
Terdapat lima mangsa dalam kereta Perodua Myvi iaitu pasangan suami isteri dan tiga lagi mangsa lain iaitu kanak-kanak.

Kanak-kanak maut, tiga cedera kereta terbabas masuk gaung
Terdapat empat orang mangsa, dua lelaki dewasa dan dua kanak-kanak lelaki.

Nak tunjuk 'King' punya pasal, akhirnya King tersangkut lagi lama
Kereta Perodua Myvi ini apabila mendapat pengajaran paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing.

Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan lori
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada 2.24 petang.

'Flying Sikh' tinggalkan Proton, pilih Perodua Myvi
Katanya, keputusan tersebut terpaksa dibuat selepas tidak mendapat sokongan daripada pengeluar kereta pertama Malaysia itu.

Tiga ditahan samun guna parang, larikan kereta
Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menyamun menggunakan sebilah parang dan melarikan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di sebuah kawasan parkir pangsapuri.

Lelaki maut nahas dua kereta di Pantai Remis
Dalam kemalangan itu, seorang maut dan seorang cedera. Kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.