PENGKALAN HULU: Seorang penunggang motosikal maut bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan selepas dipercayai mengelak pokok tumbang di tengah jalan di kilometer 16 Jalan Pengkalan Hulu-Gerik pada Ahad.
Difahamkan ketika itu mangsa, Mohamad Shah Abd Hamid, 45, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Klian Intan.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, seorang lagi mangsa iaitu penunggang motosikal jenis Yamaha berusia 22 tahun cedera di kepala.
"Pada jam 7.45 pagi pihak polis terima maklumat daripada orang awam melalui panggilan telefon mengatakan telah berlaku kemalangan membabitkan dua motosikal.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang maut disyaki mengelak pokok tumbang melintang jalan di laluannya lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Seorang lagi penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak dapat mengelak lalu bertembung.
"Penunggang Honda Wave disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Cuaca hujan sewaktu kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Zulkepli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan.
Ujarnya lagi, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Gerik untuk mengetahui punca kematian dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada pemanduan semasa menggunakan laluan tersebut, khususnya pada musim hujan.
Aida Aziz
Sun Oct 16 2022
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. - Gambar./ PDRM
#AWANIRingkas 19 Ogos 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Ogos 2024
1️⃣ Memperkasa agenda Bumiputera
2️⃣ Perdagangan Malaysia-India
3️⃣ Kes keropok beracun
#awaniringkas
1️⃣ Memperkasa agenda Bumiputera
2️⃣ Perdagangan Malaysia-India
3️⃣ Kes keropok beracun
#awaniringkas
Malaysia Airports raih paras tertinggi bulanan baharu pergerakan penumpang pada Julai 2024
Malaysia Airports Group mencatatkan 12.4 juta pergerakan penumpang pada Julai 2024, peningkatan 7.3 peratus berbanding bulan sebelumnya sekali gus sebagai paras tertinggi bulanan baharu pascapandemik.
Imigresen jalankan siasatan telus dakwaan petugas di kaunter biadab
JIM menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh berhubung dakwaan petugas di bahagian kaunter jabatan itu bersikap biadab terhadap dua wanita.
Inovasi mampan jadi tumpuan utama ACAAF 2024, julung kali di Malaysia
Malaysia sekali lagi melakar detik bersejarah selepas menjadi tuan rumah kepada penganjuran Asia Convention Alliance Association Forum (ACAAF) 2024.
Beijing kutuk tindakan keras Manila
Kementerian Luar China mengkritik tindakan pengawal pantai Filipina dan kekal menyalahkan mereka atas perlanggaran dengan kapal pengawal pantai China di kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.
Danish hilang selepas keluar rumah menaiki motosikal
Seorang pemuda dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah ibunya di Bukit Jambul, George Town sejak Sabtu lalu.
Suami isteri proses dadah dalam rumah inap
Suami isteri antara tujuh ahli sindiket pengedaran dadah ditahan dalam tiga serbuan berasingan di rumah inap di Bandar Seri Alam dan Johor Bahru, minggu lalu.
Belanjawan 2025: Pelan Pembangunan Pendidikan, perkasa reformasi pendidikan tumpuan KPM
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang bakal berakhir serta pelaksanaan agenda reformasi pendidikan dalam negara antara fokus Kementerian Pendidikan (KPM) dalam Belanjawan 2025.
Muhyiddin yakin tidak hina institusi raja
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapannya ketika kempen PRK DUN Nenggiri tidak berniat menghina institusi raja.
Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya
Thaksin dan penyokongnya berpegang teguh kepada pendapat mereka bahawa kesemua pertuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.
Lelaki maut motosikal bertembung selepas elak pokok tumbang
Seorang penunggang motosikal maut bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan selepas dipercayai mengelak pokok tumbang di tengah jalan.