Seorang lelaki berusia lewat 50-an ditemukan tergantung pada pokok berhampiran kelab golf di Glenmarie, Shah Alam pagi tadi.

Polis mengesahkan menerima laporan daripada pekerja kelab golf tersebut pada jam 8.15 pagi.

Sebaik tiba, polis mendapati leher lelaki berkenaan terjerut dengan tali yang diikat pada dahan pokok.

Lelaki itu dipercayai menunggang motosikal berseorangan ke kawasan kelab golf.

Turut ditemui beberapa dokumen pengenalan lelaki terbabit.

Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.