Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta di stesen minyak di Hentian Sebelah Simpang Pulai arah utara di Kilometer 290 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini hari ini.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng Nor Zamri A. Wahab berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.29 pagi daripada seorang pekerja stesen minyak berkenaan.
"Pekerja di stesen minyak itu mendapati enjin kereta Perodua Alza yang dinaiki seorang lelaki masih hidup dan berada di situ kira-kira setengah jam.
"Curiga dengan keadaan itu, pekerja stesen minyak berkenaan cuba mengejutkan lelaki tersebut yang terbaring di tempat duduk pemandu tetapi tiada maklum balas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Nor Zamri berkata anggota bomba terpaksa memecahkan cermin sisi kanan sebelah belakang kereta yang terkunci itu untuk mengejutkan mangsa.
Katanya pegawai perubatan mengesahkan mangsa yang berumur dalam lingkungan 50-an mati di tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk tindakan lanjut.
Menurut Nor Zambri, mangsa dipercayai mengisi minyak di stesen minyak itu sebelum meletakkan kenderaannya di sekitar kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata tiada unsur jenayah dikesan dalam kematian mangsa, yang dikenali sebagai Azman Ab Wahab.
Beliau berkata keputusan bedah siasat mendapati kematian mangsa, yang bekerja sebagai kontraktor dan berasal dari Sungai Petani, Kedah, berpunca daripada saluran darah paru-paru tersumbat atau 'pulmonory embolism'.
Menurutnya semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati Azman, 54, masuk ke dalam keretanya yang diparkirkan di belakang premis berkenaan kira-kira 7.30 malam tadi, dan ia tidak bergerak selepas itu.
"Kira-kira 10 pagi hari ini, pekerja stesen minyak itu yang sedang melakukan kerja pembersihan melihat mangsa di dalam kereta dan terus menghubungi pihak polis," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Sum berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bernama
Mon Jul 11 2016
![Lelaki mati dalam kereta di Hentian Sebelah Simpang Pulai Lelaki mati dalam kereta di Hentian Sebelah Simpang Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455332204_Bodies.jpg)
Pegawai perubatan mengesahkan mangsa yang berumur dalam lingkungan 50-an mati di tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk tindakan lanjut.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Lelaki mati dalam kereta di Hentian Sebelah Simpang Pulai Lelaki mati dalam kereta di Hentian Sebelah Simpang Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455332204_Bodies.jpg)
Lelaki mati dalam kereta di Hentian Sebelah Simpang Pulai
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng Nor Zamri A. Wahab berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.29 pagi daripada seorang pekerja stesen minyak.