MACHANG: Keseronokan seorang lelaki mandi-manda bersama dua rakannya di Air Terjun Jeram Linang, Banggol Judah di sini bertukar tragedi apabila ditemukan lemas pada Rabu.
Mayat Noor Hafizi Mat Nor, 35, yang berasal dari Pasir Mas ditemukan pada jam 4 petang selepas timbul di permukaan semasa usaha mencari dan menyelamatkan mangsa sedang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, selepas ditemukan mangsa terus dibawa naik ke atas darat.
"Kemudiannya, salah seorang rakan mangsa telah menghubungi Balai Polis Machang.
"Selepas itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang telah membuat tindakan untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal.
"Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Machang," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah mandi bersama dua rakannya pada jam 3.15 petang.
Beliau berkata, bagaimanapun, sekitar jam 3.30 petang mangsa didapati tenggelam dan tidak timbul ke permukaan air.
Ganti berkata, mangsa telah cuba diselamatkan oleh rakannya namun gagal kerana air terlalu dalam.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut,"
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 30 2022
![Lelaki lemas ketika mandi di air terjun bersama rakan Lelaki lemas ketika mandi di air terjun bersama rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648677241_MatiLemas.jpg)
Mayat Noor Hafizi dihantar ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut pada Rabu. - Foto Sinar Harian
![Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024 Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730974557_TBAnisRizan.jpg)
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734905152_TBBanjirPerak.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
![Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719580161_TBindonesia.jpg)
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
![PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
![Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
![KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
![Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738840255_TBINFLUENZA.jpg)
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
![Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
![Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704365322_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pegawai bank lelaki dan seorang eksekutif jualan wanita kerugian lebih RM2.33 juta selepas terpredaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
![Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672 Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738838421_NgaKorMing.jpg)
Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.
![Lelaki lemas ketika mandi di air terjun bersama rakan Lelaki lemas ketika mandi di air terjun bersama rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648677241_MatiLemas.jpg)
Lelaki lemas ketika mandi di air terjun bersama rakan
Mayat mangsa ditemukan pada jam 4 petang selepas timbul di permukaan semasa usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.