IPOH: Seorang lelaki yang lari dari pengawasan polis di Parit Buntar, Perak, ditemui mati di hadapan rumahnya di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh, lewat Jumaat malam.
Setakat ini punca sebenar kematian lelaki berusia 37 tahun itu masih dalam siasatan polis.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kematian lelaki itu kira-kira jam 11.28 malam.
Menurutnya, hasil semakan mendapati si mati telah melarikan diri daripada pengawasan polis dari Parit Buntar.
Katanya, sebelum ini, pihak Balai Polis Parit Buntar juga telah membuat satu laporan terhadap si mati yang disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pencegahan Jenayah.
Beliau berkata, adik ipar lelaki si mati yang baru menumpang di rumah berkenaan selama seminggu memberitahu, pada masa kejadian, dia terdengar ada orang mengetuk pintu rumah dan mengatakan si mati kena langgar.
Tambahnya, ketika membuka pintu, saksi mendakwa ternampak sebuah motosikal yang tidak dikenal pasti model dan nombor pendaftaran melarikan diri dari tempat kejadian.
Katanya, saksi ternampak si mati berada di hadapan rumah dalam keadaan terlantar dan tercungap-cungap tetapi tidak mengatakan apa-apa kepadanya.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada beberapa anggota badan mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan si mati merupakan mangsa kemalangan.
Bagaimanapun, kata Mohd Yusri, pemeriksaan lanjut ke atas si mati diperlukan untuk menentukan punca kematian.
Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan pihak polis sedang menyiasat kes ini dari pelbagai sudut.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Dec 31 2022

Setakat ini punca sebenar kematian lelaki berusia 37 tahun itu masih dalam siasatan polis. - Astro AWANI

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

'Mat Mata' diberkas lagi, ketuai kumpulan curi motosikal selepas keluar penjara
Suspek dihukum penjara lapan bulan kerana mencuri motosikal pada Februari lepas, selain perlu jalani pengawasan polis selama setahun hingga Oktober 2024.

Warga emas laku amang seksual cucu jiran dipenjara setahun
Seorang warga emas terpaksa meringkuk di dalam penjara selama setahun kerana melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap cucu jirannya yang berusia lima tahun, empat tahun lepas.

Lelaki lari dari pengawasan polis di Parit Buntar ditemui mati
Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada beberapa anggota badan mangsa.

Kes bakar tahfiz: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah
Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memberitahu media bahawa Majistret Zilfinaz Abbas memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap 16 Sept lepas.