Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan sebelum menahan seorang lelaki yang kurang siuman selepas lelaki itu yang memandu kereta merempuh pintu utama Balai Polis Kampung Koh, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata dalam kejadian 1.45 pagi itu, suspek, 28, yang memandu kereta jenis Proton Iswara secara mengundur merempuh pintu cermin balai tersebut menyebabkan kedua-dua pintu rosak dan cermin pecah.
"Semasa kejadian itu, dua anggota berpangkat koperal sedang bertugas di kaunter aduan balai tersebut dan kereta itu kemudiannya cuba melanggar sekali lagi dan seorang daripada anggota telah melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri.
"Tindakan pantas telah berjaya menangkap suspek. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku ke atas suspek dan anggota tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya hasil siasatan mendapati suspek dipercayai kurang siuman serta di bawah pengaruh dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau kes ceroboh, khianat dan dadah.
Muhammad Hanif berkata kejadian itu menyebabkan suspek mengalami luka di bahagian kepala dan muka akibat pelanggaran dan suspek dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.
"Kejadian tersebut turut menyebabkan cermin kereta yang dinaiki suspek pecah dan terdapat juga kesan tembakan di belakang kenderaan tersebut," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 186 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 21 2018
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 186 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. - Gambar hiasan
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati dijatuhkan terhadap seorang lelaki berusia 41 tahun kepada penjara 35 tahun, kerana sabitan membunuh seorang pencuci rumah warga Indonesia pada 2017.
Polis kesan dua individu baling pasu ke arah Balai Polis Serdang
Berang ditegur menunggang motosikal tanpa topi keledar, dua individu yang mabuk bertindak nekad membaling pasu tembikar ke arah Balai Polis Serdang.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Tiga pelajar sekolah menengah di Cheras ditahan lakukan samun bersenjata pisau
Polis tahan dua pelajar tingkatan dua dan seorang pelajar tingkatan tiga kerana dipercayai melakukan samun berkumpulan bersenjatakan pisau ke atas seorang warga asing.
Lelaki OKU hilang sejak dua hari lepas ditemukan mati dalam longkang
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu melalui laporan yang dibuat orang awam pada pukul 5 petang tadi.
Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad yang dijadualkan esok ditangguh
Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan dalam kes membabitkan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.
Dadah disyaki punca sarjan pecah masuk stor ekshibit IPD Sepang
Terdesak mendapatkan bekalan dadah dan faktor kewangan disyaki merupakan punca seorang sarjan sanggup memecah masuk stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.
Korban letupan di balai polis di Pakistan meningkat kepada 16 orang
Angka kematian dalam kejadian letupan pada Isnin lalu, di sebuah balai polis di bandar Kabal di Pakistan meningkat kepada 16 orang, manakala jumlah mereka yang cedera mencecah lebih 55 orang.
10 maut, 55 cedera dalam insiden letupan berkembar di Pakistan
Dua letupan kuat melanda sebuah balai polis di daerah Swat, di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang manakala lebih 55 lagi cedera.