ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 68 tahun terpaksa berputih mata apabila kerugian RM80,000 selepas ditipu sindiket 'Macau Scam' yang memperdaya mangsa mempunyai tunggakan hutang, pada 24 Sept lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Supt Elias Omar berkata, mangsa yang merupakan pemilik sebuah perniagaan itu, menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Mangsa yang tinggal di Alor Setar itu telah menafikan bahawa dia mempunyai hutang tertunggak kepada suspek, sebelum suspek menyambungkan panggilan telefon berkenaan kepada seorang pegawai polis dari IPK Melaka.
"Mangsa kemudiannya telah disambungkan ke pihak Telekom Malaysia (TM) bagi meyakinkan bahawa talian berkenaan adalah dari IPK Melaka. Mangsa telah disambungkan pula ke Bukit Aman untuk mendengar siaran radio berkaitan kad pengenalan mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa ditakutkan dengan waran tangkap dan diarahkan untuk menyalurkan wang simpanannya ke Bank Negara Malaysia sebagai tanda mangsa memberi kerjasama kepada pihak suspek.
"Mangsa juga telah ditakutkan dengan diminta membuat akuan sumpah secara dalam talian untuk menyimpan semua rahsia dan tidak boleh mendedahkan kes berkenaan kepada sesiapa termasuk ahli keluarga mangsa.
"Pada 27 September lepas, mangsa telah membuat tiga transaksi berjumlah RM80,000 ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek. Mangsa hanya sedar dia diperdaya apabila isterinya mengetahui bahawa mangsa telah mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan," katanya.
Elias berkata, mangsa telah datang membuat laporan polis di Balai Polis Kota Setar semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan Macau Scam serta jangan mudah panik dan takut sekiranya menerima panggilan telefon dan arahan untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang lain.
"Orang ramai juga diminta untuk membuat semakan bagi mengetahui kesahihan maklumat yang diterima melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan Bank Negara Malaysia bagi mengetahui mengenai kesahihan akaun bank," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021
Mangsa telah datang membuat laporan polis di Balai Polis Kota Setar semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Warga emas rugi RM80,000 diperdaya pekerja syarikat kurier
Suspek mengarahkan mangsa untuk memberikan maklumat berkaitan jumlah wang simpanan yang kononnya bagi tujuan rujukan pihak Bank Negara.
Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, yang kemudian memerangkapnya dalam satu skim pelaburan.
Rakyat Malaysia rugi AS$12.8 bilion setahun akibat penipuan, atau 3 peratus KDNK negara
Laporan State of Scam 2024 mendedahkan 70 peratus mangsa penipuan tidak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.
Guru rugi lebih RM527,000 terperdaya sindiket penipuan
Mangsa terima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai 'pegawai MCMC' dan memaklumkan terdapat aduan mengenai nombor telefon mangsa.
Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pengurus syarikat kerugian RM108,750 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Komunikasi dan pegawai polis.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM130,000
Kedua-dua lelaki itu kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
Penganggur rugi lebih RM300,000 akibat pelaburan tidak wujud
Seorang penganggur mengalami kerugian RM348,500 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sejak Jun lepas.
SPRM lumpuhkan sindiket 'scam' ubah suai meter elektrik
Lima ahli sindiket terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur semalam.
Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara mendakwa kerugian lebih RM650,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, pada 26 Jun lepas.
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.