SHAH ALAM: Seorang lelaki hari ini disahkan meninggal dunia setelah dipercayai pengsan dalam tandas kediamannya di Setia Alam, di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada isteri mangsa pada 3.04 pagi selepas mangsa Simon Tan Cheng Kim, 55, terkunci dalam tandas kediamannya di Jalan Setia Utama.
"Enam pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik tiba di lokasi pada 3.22 pagi dan didapati mangsa terkunci dalam tandas serta dipercayai pengsan," katanya dalam kenyataan.
Mohamadul Ehsan berkata setelah pintu berjaya dibuka, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas lantai dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023

Menurut bomba Selangor mangsa terkunci dalam tandas serta dipercayai pengsan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas
Seorang lelaki hari ini disahkan meninggal dunia setelah dipercayai pengsan dalam tandas kediamannya di Setia Alam, di sini awal pagi tadi.