POKOK SENA: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Santap dekat Kampung Baru Telaga Mas di sini, pada pagi Khamis.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki, Muhammad Noor Fadzli Mustapa, 25, ditemukan lemas selepas keretanya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Santap di Kampung Baru Telaga Mas pada pagi Khamis.
  • Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi dan pasukan bomba tiba di lokasi sembilan minit kemudian. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga mangsa pengsan di lokasi kejadian.


Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mangsa, Muhammad Noor Fadzli Mustapa, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi berhubung kejadian tersebut dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati terdapat sebuah kereta telah terbabas ke dalam sungai dan seorang mangsa masih belum berjaya diselamatkan selain mendapati arus sungai yang deras.

Mayat mangsa berjaya dijumpai namun disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM yang berada di lokasi. Foto ihsan bomba

“Seterusnya, PGO Kedah telah mengarahkan jentera khas EMRS BBP Alor Setar dan Pasukan Penyelamat di Air BBP jitra ke lokasi kejadian,” katanya pada Khamis.

Jelas Aminuddin, mangsa berjaya dijumpai namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut

Tambah beliau, seorang wanita pengsan di lokasi kejadian pula dipercayai ahli keluarga mangsa yang sebelum itu hadir ke lokasi dengan menaiki motosikal. -Sinar Harian