KOTA TINGGI: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian khianat dengan menyimbah cat membabitkan kes pinjaman ah long di Taman Kota Jaya di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, penahanan suspek berusia 31 tahun itu dilakukan sebaik laporan dibuat oleh mangsa pada hari yang sama.
Beliau berkata, suspek kemudiannya ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di kediamannya di Bandar Desa Cemerlang di sini.
“Berdasarkan keterangan pengadu, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi di mana rumah dan kenderaan milik mangsa telah disimbah cat merah sebagai amaran kerana tidak membayar pinjaman wang yang dibuat olehnya menerusi aplikasi Facebook pada 2019.
“Hasil siasatan mendapati, suspek dipercayai menjalankan kegiatan menyimbah cat di rumah mangsa-mangsa yang gagal menjelaskan wang pinjaman di sekitar kawasan Johor sejak akhir November 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Hussin berkata, siasatan lanjut juga sedang dijalankan untuk mengesan ahli sindiket lain yang terlibat dengan kes sama.
“Dalam penahanan sama, polis turut bertindak merampas dua kereta, tiga unit kad ATM, satu unit telefon bimbit, satu tin cat dan peralatan menyimbah cat yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 09 2021

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian khianat dengan menyimbah cat membabitkan kes pinjaman ah long di Taman Kota Jaya. -Gambar hiasan

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.

Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat hitam
Giorgi Kalandarishvili diserang oleh seorang pegawai parti pembangkang, David Kirtadze pada mesyuarat badan pilihan raya Georgia di Tbilisi.

Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah
Empat individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menyimbah cat terhadap harta milik peminjam wang, bulan lepas.

Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama
Suspek telah pun ditangkap di Taman Perling pada 5 Feb lepas dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Segamat.

Gagal kutip hutang, along bertindak ancam jiran
Tiga kenderaan dan pagar dua buah rumah di Taman Selaseh, Gombak di sini rosak selepas disimbah cat merah dipercayai dilakukan pemberi pinjaman wang tidak berlesan atau Along, pagi tadi.

Simbah cecair merah, pecah cermin kereta, pelayan bar dipenjara 18 bulan
Seorang pelayan bar dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan perbuatan khianat, Ogos lalu.

Simbah cat dan ugut, 'ah long' Sandakan dipenjara 2 tahun 9 bulan
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman dua tahun sembilan bulan penjara selepas mengaku bersalah atas empat kesalahan perbuatan khianat dan satu kes ugutan jenayah.

3 lelaki dipenjara sebab simbah cat merah, beri notis ugutan
Tiga lelaki dihukum penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah cat merah dan memberi notis berunsur ugutan di rumah dua wanita bulan lalu.

4 pemungut hutang sindiket Ah Long bakar kereta, simbah cat merah ditahan
Kesemua suspek masing-masing dua lelaki dan dua wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Tambun, Ipoh dan Ulu Kinta, Perak pada 4 Mei dan 6 Mei lepas.