KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bersama daun ketum dianggarkan seberat 450 kilogram di Kampung Seberang Jelai, Kuala Lipis pagi tadi, yang dipercayai rampasan daun ketum terbesar daerah itu setakat ini.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata suspek berusia 33 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan pada 6.45 pagi dan selain daun ketum, pihaknya turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.
"Semua daun ketum dan cecair itu ditemukan dalam plastik hitam yang disimpan di muatan belakang sebuah pacuan empat roda yang berada di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu.
"Siasatan awal mempercayai suspek memperoleh semua barangan itu dari Sik, Kedah," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Azli berkata turut dirampas ialah sebilah parang dan wang tunai RM550, menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM11,050.
Suspek yang mempunyai 10 rekod kesalahan lampau termasuk curi, melakukan khianat dan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, akan direman esok bagi siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023
Selain daun ketum, polis turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein. - Gambar hiasan
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
PGA menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.
PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN
Polis akan sentiasa bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.
Polis Terengganu rampas dadah bernilai RM3.6 juta tahun ini
Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.6 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 30 Sept tahun ini, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun
Polis merampas lebih 890 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta di Perlis sejak Januari hingga Jun lepas.
ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan
Daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacuan empat roda di kawasan hutan berhampiran sempadan, pada 11.30 pagi.
ATM rampas 700 kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand
Rampasan di sempadan negara di Padang Terap itu bernilai RM56,000.
Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.
Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.
Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum
Polis turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.