SERDANG: Lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga mati dalam kejadian di Kajang, bulan lepas ditahan petang semalam ketika menyembunyikan diri di Senai, Johor, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Hussein berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
"Suspek dipercayai cuba bersembunyi daripada pihak polis dengan melarikan diri ke Johor, namun hasil risikan, kita berjaya mengesan lokasi persembunyian," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Ulangtahun Polis Bantuan ke-7 Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, lelaki berumur 32 tahun itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Dalam kejadian pada 23 Julai lepas, seorang wanita dipercayai mangsa kes pukul dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kajang.
Polis menerima laporan berhubung kematian mangsa daripada seorang jururawat di hospital berkenaan, selepas menyedari wanita itu tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia dengan mempunyai beberapa kesan lebam dan kecederaan di badan.
Dalam perkembangan lain, Hussein berkata setakat tahun ini, polis Selangor telah menerima sebanyak 17 laporan berhubung ajaran sesat Si Hulk.
"Siasatan mendapati pengikut-pengikut ajaran sesat Si Hulk kini tidak lagi berada di Selangor, berkemungkinan telah ke luar negara," katanya.
Baru-baru ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan fahaman serta ajaran yang diasaskan Suhaini Mohammad atau Si Hulk adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam kerana antara lain mendakwa Nabi Muhammad SAW ialah tuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Lelaki berumur 32 tahun itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. -Gambar hiasan
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
GISB: Polis siasat dakwaan pusat kuarantin jadi tempat indoktrinasi di dalam, luar negara
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya pusat kuarantin kendalian Global Ikhwan Service and Business (GISB) di dalam dan luar negara.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.
Isu GISB: Pengerusi, pengetua madrasah ditahan cuba hidupkan semula ajaran sesat
Pengerusi dan pengetua sebuah madrasah di Kuala Pilah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Sabtu.
JAIPs rampas 63 barangan ada unsur ajaran sesat di premis dipercayai ada kaitan GISB
Operasi bersepadu ini melibatkan JAIPs, PDRM, dan agensi berkaitan, selaras dengan Fatwa Ajaran Sesat Berunsur Batiniah yang diwartakan pada 28 Ogos 2024.
Jawatankuasa Muzakarah MKI bincang isu doktrin fahaman GISB Selasa ini - Mohd Na'im
Doktrin fahaman GISB akan dibincang oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang dari Selasa hingga Khamis ini.
Johor siasat aktiviti, pergerakan GISB - Exco
Mohd Fared berkata MAINJ tegas akan menggunakan perundangan dan enakmen sedia ada bagi mengekalkan keamanan beragama serta memastikan pematuhan undang-undang terus dikuatkuasakan.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan kepercayaan, ajaran dalam GISB ada unsur ajaran sesat
Mesyuarat Khas Jawatankausa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa kepercayaan dan ajaran dalam GISB mengandungi unsur ajaran sesat.
Melaka tidak kompromi ajaran sesat - Ab Rauf
Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan mana-mana gerakan yang melanggar tatacara dan akidah Islam.