SHAH ALAM: Seorang bekas pekerja syarikat jualan dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 12 pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta antara 2020 dan 2021.
Tertuduh, Muhammad Yusof Zubair, 28, didakwa terlibat dalam aktiviti tersebut dengan menggunakan dan memindahkan wang daripada akaunnya ke beberapa akaun lain termasuk pembayaran kad kredit secara berperingkat dengan berjumlah keseluruhan M904,010.25.
Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan menerusi tiga akaun bank miliknya dan seorang individu lain di tiga cawangan bank berbeza sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam, antara 9 Dis 2020 hingga 13 Julai 2021.
Muhammad Yusof dituduh mengikut 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya, Julianazriana Jaafar mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Peguam tertuduh, Abdul Rahman Zulkhairi memaklumkan anak guamnya tidak ingin dijamin atas kerelaannya sendiri.
Hakim Muhamad Anas Mahadzir membenarkan cadangan pihak pendakwaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Bekas pekerja syarikat jualan dalam talian, Muhammad Yusof Zubair (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas 12 pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta antara 2020 dan 2021. - Foto BERNAMA
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.
Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.
Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Rayuan kes Syed Saddiq didengar 19 Mac 2025
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 dan 20 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Syed Saddiq Syed Abdul terhadap sabitan dan hukuman bagi empat kesalahan berkaitan dana Armada Bersatu.