Gara-gara mengacu pisau sehingga mencederakan leher isterinya, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh, Muhammad Rafi Md Taib, 44 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Norina Maludin.
Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, tertuduh didakwa sengaja mengacukan pisau pada leher isterinya Norazian Adam, 39 tahun, sehingga menyebabkan kecederaan, di sebuah rumah di Kampung Alai, Melaka sekitar 1.15 petang, 16 Dis lalu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga enam tahun, atau didenda atau disebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria mencadangkan jaminan RM8,000 sebelum Norina pada penghakimannya membenarkan cadangan jaminan oleh pihak pendakwaan.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, Muhammad Rafi turut berdepan tiga lagi pertuduhan iaitu melakukan samun sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa, menghalang tugas penjawat awam dengan melarikan diri daripada pemeriksaan polis dan memiliki senjata pisau tanpa kebenaran.
Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 394 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, dan juga Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Norma Ismail sejurus mendengar pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.
Prosiding yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvina Mohd Rawi, tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira pembebasan tertuduh dikhuatiri akan mengganggu mangsa yang juga saksi pendakwaan.
Norma juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Kesemua kes akan disebut semula pada 28 Feb ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Muhammad Rafi tidak diwakili peguam.
Raffi Bachik
Mon Jan 22 2018
![Lelaki didakwa cedera isteri dengan pisau Lelaki didakwa cedera isteri dengan pisau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51516609621_cederakanisteri.jpg)
Muhammad Rafi diiringi pegawai polis di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, pagi tadi. - Astro AWANI
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini 40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637756323_GENERIC.jpg)
40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini
Pelaksanaan rangkaian 5G oleh K-KOM melalui DNB itu akan diperluas melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang lampu jalan.
![Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656486778_TBPENIAGABUNUH.jpg)
Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut
Mangsa telah dipijak selama seminit di bahagian kepala oleh tertuduh selepas lelaki itu tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa.
![Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640668040_PemanduMabuk.jpg)
Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian
Lee Han Wee mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut, akhir bulan lalu.
![Polis siasat pihak sebar tuduhan pemimpin politik Melaka terbabit serangan seksual Polis siasat pihak sebar tuduhan pemimpin politik Melaka terbabit serangan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603113155_PDRM.jpg)
Polis siasat pihak sebar tuduhan pemimpin politik Melaka terbabit serangan seksual
Polis telah menerima dua laporan berkaitan penyebaran mesej berkenaan.
![Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan berasaskan eko, agro Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan berasaskan eko, agro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41591783431_melaka.jpg)
Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan berasaskan eko, agro
Inisiatif dijalankan bagi menambah produk pelancongan dan mengalihkan tumpuan pelancong yang tertumpu di pusat bandar yang kini semakin sesak ke luar bandar.
![Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600244112_datukseri.jpg)
Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
![Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61593675280_tahananlari.jpg)
Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan
Tertuduh didakwa cuba membunuh seorang anggota polis yang boleh menyebabkan kematian dengan memandu laju sebuah kereta polis.
![8 tahun rogol anak, pemandu teksi kini direman 8 tahun rogol anak, pemandu teksi kini direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81551255393_teksi.jpg)
8 tahun rogol anak, pemandu teksi kini direman
Seorang pemandu teksi direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dipercayai merogol anak kandungnya yang kini berusia 14 tahun.
![Rogol berkumpulan: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah Rogol berkumpulan: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521099714_RogolBerjemaah.jpg)
Rogol berkumpulan: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah
Dua beradik A. Gunasekaran dan A. Sarawanankumar, serta rakan mereka, K. Dinesh, didakwa merogol seorang remaja perempuan pada 28 Feb lalu.
![Cubit anak tiri, wanita hamil dihadapkan ke mahkamah Cubit anak tiri, wanita hamil dihadapkan ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520489402_Cubitanak.jpg)
Cubit anak tiri, wanita hamil dihadapkan ke mahkamah
Gara-gara mencubit paha anak tirinya sehingga lebam, seorang wanita hamil berusia 28 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini.