MELAKA: Seorang lelaki dan tunangnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan merompak gelang tangan seorang warga emas sehingga mengakibatkan kecederaan kepadanya.
Muhammad Shahezaimie Kamarudin, 19, dan Nurul Sakina Ali Mohammad, 22, serta seorang lelaki yang masih bebas, didakwa merompak gelang tangan itu secara paksa daripada Che Ahmah Buang, 74, yang merupakan nenek kepada Nurul Sakina dengan menekup mukanya dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Bukit Katil, daerah Melaka Tengah pada 6.30 petang 7 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tertuduh, namun peguam Umar Zulkarnain yang mewakili mereka memohon jaminan itu dikurangkan memandangkan anak guamnya bekerja di sebuah pusat permainan go-kart dan penjaga stor.
Hakim Darmafikri Abu Adam membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 30 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Pasangan itu dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Bukit Katil, daerah Melaka Tengah pada 6.30 petang 7 Dis lepas. - Foto Astro AWANI
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Lelaki dan tunang mengaku tak bersalah rompak gelang emas nenek
Seorang lelaki dan tunangnya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak gelang seorang warga emas sehingga mengakibatkan kecederaan.