GEORGE TOWN: Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia 35 tahun itu juga cuba menyerang anggota terbabit dengan topi keledar hingga berlaku pergelutan antara mereka.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, lelaki berkenaan yang dibawah pengaruh alkohol datang ke balai terbabit sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan mengarahkan anggota berkenaan membuka pagar.
Menurutnya, anggota terbabit telah menasihati dan memberi amaran kepada lelaki terbabit supaya beredar dan meninggalkan kawasan balai namun langsung tidak diendahkan.
"Suspek terus menghampiri anggota berkenaan dan cuba merampas senjata api yang disandang namun berjaya dihalang.
"Dia kemudiannya bertindak mengambil topi keledar dan cuba menyerang anggota bertugas hingga berlaku pergelutan semasa proses tangkapan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Hamzah berkata, semakan dibuat mendapati suspek berusia 35 tahun itu mempunyai empat rekod lampau termasuk dua atas kesalahan dadah.
Katanya, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati lelaki berkenaan bebas dari pengaruh dadah.
"Suspek kini direman selama empat hari sehingga 22 Mei untuk siasatan lanjut
"Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967," tambahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 19 2024

Semakan mendapati suspek berusia 35 tahun itu mempunyai empat rekod lampau termasuk dua atas kesalahan dadah. - Gambar/ Astro AWANI
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.

Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.