AYER KEROH: Seorang pekerja syarikat pembekal dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, selepas bersalah mencederakan dua wanita termasuk bekas kekasihnya, hujung bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Syazwan Mohd Nasir, 26, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas kekasihnya yang berusia 23 tahun dengan menggunakan senjata pisau.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didapati sengaja mendatangkan cedera terhadap rakan wanita bekas kekasihnya yang berusia 25 tahun.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam mengakui menyesal dengan perbuatan yang dilakukan serta merayu hukumannya diringankan dengan alasan ingin berubah menjadi insan yang lebih baik.
Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa adalah serius.
Hakim Nariman pada penghukumannya kemudian menetapkan hukuman penjara empat tahun dari tarikh ditangkap pada 30 Julai lalu serta satu sebatan bagi Seksyen 326 Kanun kKseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada bekas kekasihnya.
Manakala mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan bagi satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua hukuman bagaimanapun diperintah berjalan serentak daripada tarikh ditangkap.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Aug 19 2022
![Lelaki cederakan bekas kekasih dengan pisau dihukum penjara, sebat Lelaki cederakan bekas kekasih dengan pisau dihukum penjara, sebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660892387_LELAKICEDERAKANBEK.jpg)
Tertuduh, Muhammad Syazwan Mohd Nasir, 26, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan di hadapan Hakim Nariman Badruddin. - Foto Astro AWANI
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![AGC tolak representasi Rizal Ghazali gugur dua kes jenayah AGC tolak representasi Rizal Ghazali gugur dua kes jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711945495_TBRizalGhazali.jpg)
AGC tolak representasi Rizal Ghazali gugur dua kes jenayah
Pendakwaan berkata, arahan yang diterima daripada AGC ialah meneruskan pertuduhan terhadap Rizal Ghazali.
![Pemain Sabah FC, Mohd Rizal tak mengaku bersalah cederakan kekasih di hotel Pemain Sabah FC, Mohd Rizal tak mengaku bersalah cederakan kekasih di hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687158089_TBMohdRizalMohdGh.jpg)
Pemain Sabah FC, Mohd Rizal tak mengaku bersalah cederakan kekasih di hotel
Mohd Rizal Mohd Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas dua pertuduhan merosakkan telefon bimbit dan mencederakan kekasihnya di sebuah hotel, dua minggu lalu.
![Lelaki cederakan bekas kekasih dengan pisau dihukum penjara, sebat Lelaki cederakan bekas kekasih dengan pisau dihukum penjara, sebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660892387_LELAKICEDERAKANBEK.jpg)
Lelaki cederakan bekas kekasih dengan pisau dihukum penjara, sebat
Seorang pekerja syarikat pembekal dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan selepas bersalah mencederakan dua wanita termasuk bekas kekasihnya, hujung bulan lalu.
![Kurung, pukul kekasih, tukang kasut didenda RM6,000 Kurung, pukul kekasih, tukang kasut didenda RM6,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625143919_TBCourtHammer.jpg)
Kurung, pukul kekasih, tukang kasut didenda RM6,000
Tertuduh dituduh mengurung dan mencederakan wanita berusia 40 tahun di sebuah rumah di Taman Daya Kepong, dekat sini antara 7 Jun dan 12 Jun lepas.