KUALA LUMPUR: Seorang tukang kasut didenda RM6,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini selepas mengaku bersalah mengurung kekasihnya selama enam hari dan mencederakan wanita itu dengan memukul dan merantai kedua-dua belah kakinya di dalam sebuah bilik, bulan lepas.
Yee Lee Shong, 48, dituduh mengurung dan mencederakan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah rumah di Taman Daya Kepong, dekat sini antara 7 Jun dan 12 Jun lepas.
Bagi kesalahan mengurung, Majistret Nik Fadli Nik Azlan mengenakan denda RM5,000 atau penjara enam bulan terhadap Yee manakala denda RM1,000 atau penjara dua bulan bagi kesalahan mencederakan.
Ketika rayuan, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) M. Mariappan yang mewakili Yee, memohon denda minimum atas alasan pendapatan anak guamnya tidak menentu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.
"Tertuduh hanya bekerja sebagai tukang kasut terpakai dan dia bergaduh dengan mangsa iaitu teman wanitanya kerana mangsa tidak pulang ke rumah," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana mangsa telah dikurung selama enam hari selain mengalami kecederaan dan digari menggunakan rantai basikal.
Mengikut fakta kes, pada 7 Jun lepas, semasa mangsa berada di rumah tertuduh, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum tertuduh bertindak memukul dan mengurung wanita itu di dalam bilik selain merantai kedua-dua belah kakinya.
Pada 12 Jun, mangsa berjaya melepaskan diri dengan bantuan jirannya dan terus membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
![Kurung, pukul kekasih, tukang kasut didenda RM6,000 Kurung, pukul kekasih, tukang kasut didenda RM6,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625143919_TBCourtHammer.jpg)
Yee Lee Shong, 48, dituduh mengurung dan mencederakan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah rumah di Taman Daya Kepong, dekat sini antara 7 Jun dan 12 Jun lepas. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes 22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734920797_tbSebutansemulaGIS.jpg)
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
![Tiga penjenayah ditembak mati Tiga penjenayah ditembak mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703300137_TBpenjenayah.jpg)
Tiga penjenayah ditembak mati
Setakat ini, identiti tiga individu berkenaan belum dikenal pasti sama ada warga tempatan atau warga asing, kata Supt Ariffin.
![Kuda mati dilanggar pacuan empat roda di Selayang Kuda mati dilanggar pacuan empat roda di Selayang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698768549_Kudamati.jpg)
Kuda mati dilanggar pacuan empat roda di Selayang
Seekor kuda mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Selayang, kira-kira 6.30 pagi tadi.
![Peniaga Myanmar pelihara ayam, itik dalam premis diambil tindakan Peniaga Myanmar pelihara ayam, itik dalam premis diambil tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685692802_TBayam.jpg)
Peniaga Myanmar pelihara ayam, itik dalam premis diambil tindakan
DBKL menyita sebuah premis yang dijadikan pusat penyimpanan, pelihara dan jualan haiwan (ayam/itik) hidup dikendalikan oleh warga asing dari Myanmar.
![Hari Buku Sedunia: Amalan membaca ubah keupayaan berfikir Hari Buku Sedunia: Amalan membaca ubah keupayaan berfikir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682239955_TBHARIBUKUSEDUNIA.jpg)
Hari Buku Sedunia: Amalan membaca ubah keupayaan berfikir
Amalan membaca mampu melatih individu menggunakan otak untuk memahami dan menafsirkan maklumat malah membantu meningkatkan daya ingatan dan keupayaan berfikir kritis.
![Empat ditahan disyaki curi kenderaan, menyamar penjawat awam Empat ditahan disyaki curi kenderaan, menyamar penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666069039_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Empat ditahan disyaki curi kenderaan, menyamar penjawat awam
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan dalam beberapa siri tangkapan pada Ahad lepas dan awal pagi ini, disyaki terlibat kes curi kenderaan dan menyamar sebagai penjawat awam.
![Dakwaan simpan gambar dan video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah Dakwaan simpan gambar dan video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671002914_HaqiemStopa.jpg)
Dakwaan simpan gambar dan video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah
Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
![Polis buru pemandu Myvi berlagak samseng Polis buru pemandu Myvi berlagak samseng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656934849_PolisburupemanduM.jpg)
Polis buru pemandu Myvi berlagak samseng
Polis sedang mengesan seorang lelaki memandu kereta jenis Perodua Myvi secara berbahaya dan berlagak samseng.
![Pesara polis didenda RM6,500 tembak kucing, lepas tembakan di tempat awam Pesara polis didenda RM6,500 tembak kucing, lepas tembakan di tempat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630584724_ShotgunGeneric.jpg)
Pesara polis didenda RM6,500 tembak kucing, lepas tembakan di tempat awam
Seorang pesara polis yang melakukan khianat dengan menembak seekor kucing jantan yang memakan ayam peliharaannya dan melepaskan tembakan di tempat awam, dijatuhi hukuman denda berjumlah RM6,500 oleh M
!['Tinggal kami 8 beradik' - Dalam 3 hari yatim piatu setelah ibu ayah pergi akibat COVID 'Tinggal kami 8 beradik' - Dalam 3 hari yatim piatu setelah ibu ayah pergi akibat COVID](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626911423_TBYatimPiatu.jpg)
'Tinggal kami 8 beradik' - Dalam 3 hari yatim piatu setelah ibu ayah pergi akibat COVID
Bapanya meninggal pada hari Jumaat lalu (16 Julai) dan dua hari kemudian pada hari Ahad (18 Julai), ibunya pula meninggal dunia akibat COVID-19.