Seorang penganggur lelaki yang berpakaian wanita untuk mencuri di surau sebuah pusat beli-belah, yang menjadi tular minggu lalu, dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Atiqah Abd Karim@Husaini menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Firdaus Abdullah, 21, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah dompet milik Nur Damia Syahirah Rany, 22, di surau wanita di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway, di sini pada 9.40 malam, 18 Feb lalu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.
MESTI BACA: Identiti 'pencuri surau' terbongkar, rupanya bekas banduan menyamar wanita
Antara barangan yang terdapat di dalam dompet berkenaan adalah kad pengenalan, beberapa keping kad bank, kad akses kondominium, wang tunai bernilai RM408.30 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa.
Tertuduh yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara dua minggu lalu atas kesalahan sama didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dan denda atau sebat.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, seorang kakitangan pusat beli-belah itu ternampak seorang wanita mengambil dompet seorang jemaah wanita lain di surau tersebut.
Selepas ditahan, suspek yang disangka wanita itu rupa-rupanya merupakan seorang lelaki yang berpakaian wanita.
Hasil siasatan mendapati suspek telah mencuri dompet seorang jemaah wanita di dalam surau tersebut.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ilyani Mohd Tamam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.
"Tertuduh mencuri di tempat awam yang merupakan tempat ibadah, oleh itu saya pohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh," katanya.
Mohamad Firdaus yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia merupakan anak yatim dan tidak mempunyai anggota keluarga lain. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 22 2017
Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Firdaus Abdullah (gambar), 21, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah dompet milik Nur Damia Syahirah Rany. - Foto PDRM
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari
Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer dari Kuching berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
Polis siasat 'drama' pasangan kekasih warga asing tepi kolam
Polis siasat 'drama' pasangan kekasih warga asing tepi kolam
Lelaki warga Yaman ditahan cabul dua remaja perempuan
Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun mendakwa dicabul suspek yang berusia 20 tahun dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
Kes tembak di Bandar Sunway, jangan buat spekulasi - Polis
Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil memberikan kerjasama kepada polis.
Tawar khidmat seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka dicekup
Berselindung di sebalik rumah sewa di Bandar Sunway, di sini dengan dipercayai menawarkan khidmat seks kepada warga asing terbongkar selepas diserbu pada Rabu.
Polis Subang Jaya buru lelaki langgar MPV polis hingga rosak
Polis sedang memburu seorang suspek lelaki yang memandu sebuah kereta secara melulu dan melanggar kereta peronda (MPV) polis Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di Subang Jaya, malam tadi.
PKPD di lapan lokaliti libatkan Sabah dan Kelantan mulai 13 Julai
Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan mulai 13 sehingga 26 Julai.
Kar Yen buat kemunculan semula raih emas
Bekas pemain boling negara, Hee Kar Yen membuktikan beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Boling Antara Negeri.
Seorang lagi suspek kes samun ditembak mati
Suspek dipercayai merupakan rakan kepada salah seorang yang juga ditembak mati polis di Taman Connaught, Cheras pukul 10.30 malam semalam.
Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan
Seorang penganggur lelaki yang berpakaian wanita untuk mencuri di surau sebuah pusat beli-belah, yang menjadi tular minggu lalu, dihukum penjara lapan bulan.