Seorang lelaki yang menghidap masalah mental cedera di muka selepas dipukul sekumpulan individu yang tidak berpuas hati setelah kereta mereka dilanggar oleh mangsa dalam kejadian di Taman Alma Jaya, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lelaki berusia 46 tahun berkenaan memandu kereta jenis Honda City milik abangnya dan sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara keagamaan di sebuah tokong.
"Lelaki itu dipercayai telah melanggar lebih 10 buah kereta yang terdapat sekitar kawasan Bukit Kecil dan Alma, namun mangsa mengakui tidak sedar apa yang dilakukannya.
"Sebaik tiba di rumah, dia didatangi kira-kira 10 lelaki yang bertindak memukulnya menggunakan beberapa objek, termasuk topi keledar kerana berang serta tidak berpuas hati berikutan kenderaan mereka dilanggar mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya ekoran kejadian itu, mangsa yang juga seorang penganggur mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri, atas hidung dan atas kelopak mata kanan serta menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM).
Shafee berkata semua suspek yang memukul mangsa bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis yang dihubungi oleh keluarga mangsa.
Katanya, pihak psikiatri HBM mengesahkan mangsa adalah pesakit mental dan pernah menerima rawatan di hospital itu serta akan dirujuk ke Hospital Psikiatri, Pulau Pinang.
"Polis ada menerima dua laporan berhubung kenderaan dilanggar oleh lelaki tersebut dan siasatan masih dijalankan," katanya.
Menurutnya usaha mengesan individu yang terbabit dalam kejadian pukul itu giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaaan.
pJusteru, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya melaporkan kepada pihak polis mengenai sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020
Polis menerima dua laporan berhubung kenderaan dilanggar oleh lelaki tersebut dan siasatan masih dijalankan.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pekebun mengaku tidak bersalah cederakan anggota polis
Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dengan melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta.
Anggota polis cedera dilanggar kereta dipandu warga asing
Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera di tapak tangan kanan semasa bertugas di sekatan jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing semalam.
Polis siasat kes tular lelaki diugut, dilanggar berhampiran stesen minyak
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa menegur suspek yang memotong kenderaan tanpa memberi signal (isyarat).
Video tular: Kejadian langgar motosikal anggota URB tidak disengajakan - Polis
Status yang ditulis di video berkenaan tidak benar sama sekali serta tidak menggambarkan apa sebenarnya yang berlaku.
Pesawat Korean Air kemalangan di Heathrow
Korean Air memaklumkan berlaku insiden kemalangan kecil yang melibatkan pesawatnya dan pesawat Icelandair di lapangan terbang London Heathrow, hari ini.
Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita
Tular di media sosial semalam rakaman berdurasi 30 saat sebuah kenderaan dengan sengaja dipandu melanggar sebuah kenderaan lain.
Perhilitan jejaki harimau belang cedera dilanggar kereta di Machang
Perhilitan Kelantan telah menghantar pasukannya bagi menjejaki seekor harimau belang yang dilaporkan dilanggar sebuah kereta pada 8 Julai lepas.
Panik tiada lesen, pecut langgar 'signboard'
Pemeriksaan mendapati suspek berusia 26 tahun bertindak demikian kerana tiada lesen memandu kelas D.
Kereta bawa 38 tong petrol seludup terbabas
Kereta tersebut dipercayai turut melanggar seorang lelaki yang ditemui terbaring di lokasi kejadian.
Mangsa banjir di Kedah trauma, bimbang air pasang besar sebabkan bah besar berulang
Rata-rata mereka yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin risau apabila hujan lebat kerap berlaku, mengingatkan mereka kepada banjir besar pada 2010.