KUALA LUMPUR: Arena sukan tanah air menerima perkhabaran duka susulan pemergian legenda olahraga negara, Hanapiah Nasir, akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
Perkhabaran pemergian Hanapiah, 65, itu disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang tadi.
"Semalam arwah dibawa ke hospital oleh anak perempuannya sekitar jam 4 petang dan ditahan di wad selepas mengalami tekanan darah rendah sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Arwah memang pernah sakit leukemia sekitar tiga tahun lepas dan hampir sembuh selepas menjalani rawatan. Namun, penyakit itu kembali menyerang dan menyebabkan kegagalan organ dalaman," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jenazah bekas jaguh dekatlon kebangsaan era 80-an itu akan dibawa ke Masjid Kampung Baru dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, jam 9 pagi esok.
Noorul, yang kali terakhir melawat Allahyarham tahun lepas untuk memberikan sumbangan, amat sedih atas pemergian Hanapiah dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar kepada sukan tanah air.
Allahyarham sebelum ini banyak menyumbang kepada arena olahraga negara apabila berjaya merangkul empat emas pada temasya Sukan SEA, menerusi acara lompat jauh (1985), 110 meter (m) lari berpagar (1985) dan dekathlon (1981 dan 1983).
Allahyarham turut berjaya menyumbang pingat perak dalam acara 4x100m bersama Rabuan Pit, Sivaling Govindasamy dan Nordin Jadi pada 1985, selain meraih gangsa dalam acara 110m lari berpagar (1983) dan dekathlon pada 1991.
Arwah terus bergiat dalam arena olahraga selepas bersara dan pernah menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih negara dari 2005 hingga ke 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023

Arena sukan tanah air menerima perkhabaran duka susulan pemergian legenda olahraga negara, Hanapiah Nasir, akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga legenda olahraga negara Hanapiah Nasir
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham Hanapiah sabar dan tabah menghadapi dugaan.

Legenda olahraga negara Hanapiah Nasir meninggal dunia
Arena sukan tanah air menerima perkhabaran duka susulan pemergian legenda olahraga negara, Hanapiah Nasir, akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.