Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Sarawak (PKBM) percaya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo bahagian Sarawak masih tertinggal di belakang jadual, tidak seperti didakwa rakan pelaksana projek (PDP) Lebuh Raya Borneo Utara Bhd (LBU).
Yang Dipertua PKBM Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi meragui bahawa hampir separuh daripada fasa pertama jalan bahagian Sarawak telah siap seperti dilaporkan media baru-baru ini bila kerajaan bersetuju menamatkan khidmat LBU.
"Terdapat kelewatan projek itu kira-kira dua peratus. Sekarang hanya 40 peratus berbanding mengikut jadual 42 peratus. Jadi tidak benar projek itu siap lebih awal dari jadual," katanya kepada Bernama.
PKBM kini sedang menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu, katanya.
Abang Aditajaya mahukan Kementerian dan SPRM menyiasat jumlah sebenar kontraktor yang terlibat dalam projek lebuh raya bahagian Sarawak oleh kerana bilangan mereka tidak pun sampai kuota 30 peratus sebagai mana didakwa oleh LBU.
"Laporan dari LBU kepada kerajaan yang menyatakan kuota 30 peratus telah dicapai namun amat meragukan setelah kami menerima 28 aduan yang melibatkan lebih kurang 28 konsortium merangkumi lebih daripada 100 syarikat G7 Bumiputera dari seluruh Sarawak.
"Beberapa kontraktor Bumiputera Sarawak yang sudah diberikan Surat Niat (LOI-Letter of Intent)) untuk terbabit dalam pelaksanaan projek itu sejak 2016, tapi sehingga kini mereka masih belum menerima Surat Anugerah (LOA-Letter of Award) daripada kontraktor utama," kata beliau.
"Konsortium-konsortium ini menyatakan pihak kontraktor utama menawarkan bayaran satu peratus daripada nilai kontrak yang diterima mereka dengan harapan untuk menggunakan nama-nama syarikat ini sebagai proksi dengan kerja-kerja kemudiannya akan terus dilaksanakan mereka bagi mengaburi mata pihak kerajaan," katanya.
Dilancarkan pada Mac 2015, projek bernilai berbilion ringgit dianggap sebagai projek pembangunan infrastruktur terbesar dirancang oleh kerajaan Persekutuan, di Sarawak dalam tempoh 54 tahun. Lebuh raya bebas tol sepanjang 1,060 km itu akan menjadi nadi utama menghubungkan Sabah dengan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019
![Lebuh Raya Pan Borneo: Kemajuan pembinaan dan penyertaan Bumiputera diragukan Lebuh Raya Pan Borneo: Kemajuan pembinaan dan penyertaan Bumiputera diragukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549643351_panborneo.jpg)
Projek Lebuhraya Pan Borneo dari Donggongon Penampang ke Papar pada 28 Nov, 2018. --fotoBERNAMA/Fail
![KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723297269_TBEwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas
KUSKOP menyalurkan pembiayaan berjumlah RM346.28 juta kepada 9,937 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di Negeri Sembilan sepanjang 2024.
![Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739447583_wargaasingditahan.jpg)
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
![Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712566563_TBsampah.jpg)
Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
AirBorneo: Detik bersejarah sektor pelancongan Sarawak - STB
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PElancongan SArawak (STB), Sherzade Datu Salleh Askor berkata, pengambilalihan maswings adalah detik bersejarah dalam sektor pelancongan sarawak dan tepat pada masanya ketika Sarawak sedang giat mempromosikan produk pelancongannya.
AirBorneo diyakini mampu lonjakkan industri pelancongan Sarawak
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin AirBorneo membantu merancakkan aktiviti pelancongan di Sarawak, terutama dari segi segmen kehadiran pelancong.
AirBorneo bakal jadi hab penerbangan serantau di ASEAN
AirBorneo akan diperluaskan secara berperingkat ke destinasi strategik, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Kalimantan, Jakarta, Bali, Hong Kong, dan Shenzhen, bagi memperkukuh keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
AirBorneo inisiatif bantu ekonomi Sarawak - Abang Jo
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, penubuhan airborneo bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai inisiatif memacu pembangunan ekonomi wilayah itu.
SMJE tambah hasil RM100 juta
SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menambah hasil pendapatan jualan sebanyak RM100 juta menerusi kargo minyak mentah pertama tahun ini.
Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan
Isu tanah dan perbezaan kos anggaran awal dengan bajet sebenar dilihat antara punca kelewatan pelaksanaan lebih 400 projek pembangunan di Sabah.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
![PRN Sarawak: PSB hanya nak jadi kerajaan, bukan nak bela rakyat - Abang Aditajaya PRN Sarawak: PSB hanya nak jadi kerajaan, bukan nak bela rakyat - Abang Aditajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639290873_Abangaditajaya.jpg)
PRN Sarawak: PSB hanya nak jadi kerajaan, bukan nak bela rakyat - Abang Aditajaya
Penubuhan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat hanya bertujuan untuk menjadi kerajaan semata-mata dan bukan untuk membela nasib rakyat di negeri ini.
![PRN Sarawak: Bekas pemimpin dan anggota PSB bertanding atas tiket bebas PRN Sarawak: Bekas pemimpin dan anggota PSB bertanding atas tiket bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606494521_TBPSBx.jpg)
PRN Sarawak: Bekas pemimpin dan anggota PSB bertanding atas tiket bebas
Dua bekas pemimpin dan seorang anggota Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini memaklumkan, mereka akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) pada 18 Dis depan.
![Lebuh Raya Pan Borneo: Kemajuan pembinaan dan penyertaan Bumiputera diragukan Lebuh Raya Pan Borneo: Kemajuan pembinaan dan penyertaan Bumiputera diragukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549643351_panborneo.jpg)
Lebuh Raya Pan Borneo: Kemajuan pembinaan dan penyertaan Bumiputera diragukan
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Sarawak (PKBM) percaya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo bahagian Sarawak masih tertinggal di belakang jadual.