Kira-kira 62 peratus atau 117 daripada 189 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang telah kembali ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran masing-masing, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Datuk Ab Aziz Abdullah.
Beliau berkata peningkatan kehadiran itu berbanding sekitar 100 murid ketika sesi persekolahan dibuka adalah disebabkan ibu bapa semakin yakin dengan tahap keselamatan anak-anak mereka di sekolah.
"Kita telah ambil tindakan memagar asrama sekolah berkenaan manakala Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pula menyediakan kenderaan untuk menghantar anak-anak mereka pergi dan balik setiap hari, bagi mereka yang enggan tinggal di asrama.
"Selain itu kesedaran mula timbul hasil penerangan dan kaunseling yang kita lakukan dari semasa ke semasa," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bachok di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata bagi ibu bapa yang masih tidak berpuas hati dengan langkah keselamatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan, mereka boleh mengemukakan cadangan menerusi saluran tertentu seperti PIBG tanpa mendengar nasihat dari pihak luar.
"JPN Kelantan seterusnya akan menghantar cadangan itu kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk dipertimbangkan," kata Ab Aziz.
SK Tohoi mempunyai 189 murid dan kebanyakan mereka tinggal di Kampung Penad, Gawin, Simpor, Sedal, Dangdut, Halak, Rekom dan Jader, kira-kira 60 kilometer dari SK Tohoi.
Ogos tahun lepas, tujuh murid SK Tohoi bertindak melarikan diri daripada asrama kerana takut dikenakan hukuman oleh guru selepas dikatakan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Selepas hampir 50 hari hilang, Norieen Yaakob, 11, dan Miksudiar Aluj, 12, ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi di tebing sungai dalam hutan di situ.
Selain Miksudiar dan Norieen, lima lagi kanak-kanak yang hilang ialah Ika Ayel (9 tahun), Sasa Sobrie (8), Haikal Yaakob (8), Linda Rosli (8) dan Juvina David (7), yang kesemuanya dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.
Empat daripada kanak-kanak itu - Ika, Haikal, Linda dan Juvina kemudiannya ditemui mati, manakala Sasa belum ditemui sehingga kini.
Bernama
Sun Jan 31 2016
![Lebih separuh murid Orang Asli SK Tohoi kembali ke sekolah Lebih separuh murid Orang Asli SK Tohoi kembali ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452435568_SekKebTohoi.jpg)
Peningkatan kehadiran itu berbanding sekitar 100 murid ketika sesi persekolahan dibuka adalah disebabkan keyakinan ibu bapa. -Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737641676_Bangladeshtakbaya.jpg)
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
![Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736559433_gajahmengamuk.jpg)
Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.
![Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735367046_generichujanhuja.jpg)
Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.
![Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735344425_TBukiranzikir.jpg)
Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang
Batu seberat 100 metrik tan beri imej baharu kepada kawasan tersebut, sambil mempromosi batu marmar asli bermutu tinggi di jajahan itu.
![Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735019837_harimaukumbang.jpg)
Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.
![Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732511638_lubangbenamLojing.jpg)
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
![Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733813371_TBGUAMUSANGBANJIR.jpg)
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
![PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640566030_PerkampunganOrangA.jpg)
PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di daerah Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).
![KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732770166_TBkampungangkat.jpg)
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.
![Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731859239_TBMURIDORGASLI.jpg)
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.