Kementerian Kerja Raya menjangkakan lebih RM880 juta diperlukan bagi membina 160 jambatan baharu di seluruh negara dan meningkatkan kekuatan jambatan sedia ada selain memasang papan tanda baharu mengenai had muatan kenderaan berat perdagangan.
Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata daripada jumlah itu RM80 juta adalah untuk membina jambatan baharu dan meningkatkan kekuatan 19 jambatan, yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.
"RM800 juta lagi adalah bagi membaik pulih 141 jambatan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun bermula 2019. Pemasangan papan tanda baharu berhubung had muatan kenderaan berat pula dianggarkan menelan belanja RM700,000.
"Langkah ini diambil bagi memenuhi keperluan semasa dan selepas mengambil kira faktor keselamatan berikutan kelulusan peningkatan had berat muatan kenderaan perdagangan hasil permintaan pengusaha pengangkutan jenis ini," katanya.
Fadillah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini hari ini, yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Dr Roslan Md Taha.
Beliau berkata setakat ini, kementerian sedang memasang papan tanda baharu berkaitan had muatan di kawasan dikenal pasti dan menyekat jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan berat pada kadar muatan ditetapkan.
Pewartaan berhubung had muatan itu akan dilaksanakan selepas kerja pemasangan papan tanda baharu siap dilakukan dan semua pengusaha pengangkutan perdagangan diharap mematuhi arahan baharu itu bagi menjamin keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain, katanya.
Dalam perkembangan lain, Fadillah memaklumkan hasil penilaian keberkesanan penggunaan teknologi pembinaan jalan berasaskan turapan getah dijangka dapat diketahui pada 2019.
"Laporan itu akan disediakan berpandukan kepada pelaksanaan projek perintis di Segamat, Johor sepanjang 10 kilometer yang dijangka dapat dilancarkan Ogos ini.
"Pembinaannya mengambil masa dua tahun sebelum kita boleh membuat perbandingan tentang kaedah lama dan baharu yang digunakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2017
Fadillah (kiri) dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bersalaman dengan pegawai kanan Kementerian Kerja Raya ketika menghadiri majlis Jamuan Makan Malam sempena Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia 2017 malam ini. --fotoBERNAMA
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Lebih RM880 juta diperlukan bina jambatan, tingkat kekuatan
Kementerian Kerja Raya menjangkakan lebih RM880 juta diperlukan bagi membina 160 jambatan baharu di seluruh negara dan meningkatkan kekuatan jambatan sedia ada selain memasang papan tanda baharu menge