Institusi pengajian tinggi tempatan perlu melahirkan lebih ramai pakar profesional keselamatan dalam teknologi maklumat (IT) memandangkan jenayah dan ancaman siber semakin pesat berkembang di peringkat global.
Tenaga pengajar latihan keselamatan IT dari Sans Institute yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Chris Farrow berkata sokongan kerajaan amat penting bagi menggalakkan institusi pengajian tinggi tempatan melatih penuntut mereka dalam bidang keselamatan maklumat.
"Kita perlu lebih ramai penuntut dalam latihan dan program utama di universiti, kita memerlukan perkara sedemikian di Malaysia untuk mengembangkan aspek pengetahuan," katanya kepada Bernama pada persidangan antarabangsa mengenai Keselamatan IT dan Pengurusan Risiko di sini Selasa.
Persidangan dua hari itu disertai lebih daripada 300 pemimpin korporat dan profesional pengurusan risiko di seluruh dunia.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan dipetik sebagai berkata pesalah jenayah siber menjejak mangsa mereka melalui e-mel atau SMS menggunakan komputer dan telefon bimbit.
Berdasarkan statistik polis, kerugian akibat jenayah siber mencecah RM1.6 bilion tahun lepas berbanding RM1.1 bilion pada 2011.
Pengarah urusan Condition Zebra Wilson Wong berkata 55 peratus organisasi di seluruh dunia tidak menyedari mengenai pencerobohan yang berlaku ke atas mereka dan hanya segelintir yang mengetahui pada tahap mana serangan itu atau siapa sebenarnya di sebalik serangan itu.
"Setiap organisasi berdepan dengan ancaman keselamatan yang sentiasa berkembang disebabkan amalan perniagaan meragukan.
"Risiko itu ada dan sukar diramal, berpeluk tubuh hanya akan meletakkan organisasi itu dalam keadaan bahaya dan membawa kerosakan teruk ke atas aset mereka apabila serangan itu berlaku," katanya.
Oleh itu, untuk kekal kompetitif, beliau mengesyorkan supaya setiap organisasi mewujudkan satu sistem pematuhan berkesan yang menyeluruh dan mempunyai gambaran jelas mengenai kawalan terhadap akses dalam persekitaran perniagaan mereka bagi mengurangkan risiko.
Bernama
Tue Aug 27 2013
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang
Menurut Chang, program CSSP di Geneva juga berupaya merangsang minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.
PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.
SSM terima 591 aduan syarikat berkaitan penipuan pelaburan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 591 aduan berkaitan syarikat yang menawarkan pelaburan secara penipuan dan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016, dari tempoh 2022 hingga Julai lepas.
Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun
Polis merampas lebih 890 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta di Perlis sejak Januari hingga Jun lepas.
Penggunaan AI dalam pendidikan: Pembelajaran lebih lancar, menarik - Ahli akademik
Penggunaan AI memudahkan pensyarah menyediakan bahan pengajaran yang lebih interaktif dan cadangan aktiviti sokongan yang boleh digunakan.
Selangor tumpu majukan sektor perkhidmatan dalam tempoh lima tahun - Amirudin
Kerajaan Selangor akan menumpukan pembangunan sektor perkhidmatan bagi tempoh lima tahun ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
[KOLUMNIS] Peranan penting unit penyelidikan kepada kecemerlangan akademik universiti
Dengan adanya unit penyelidikan, ia dapat membantu anggota fakulti mengembangkan lagi minat kepada penyelidikan dari segi usaha mendapatkan geran dan penajaan penyelidikan.