KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma melalui Skim Perubatan MADANI dapat dinikmati lebih ramai golongan B40 termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) apabila ia diperluas ke tujuh daerah terbaharu.
Pelaksanaan Skim Perubatan MADANI ke tujuh daerah itu bermula minggu keempat Ogos, melibatkan Perlis, Kota Bharu dan Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan) dan Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang), menjadikan kini skim berkenaan tersedia di 21 daerah seluruh negara.
Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik kepada penerima STR untuk meringankan beban kewangan rakyat dengan menampung kos rawatan kes akut dan antara perkhidmatan percuma ditawarkan konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur serta rujukan di klinik perubatan swasta umum.
Rata-rata penerima manfaat menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma di klinik perubatan swasta dan tidak lagi perlu menunggu lama di klinik kesihatan.
Pekerja am di Perlis, Zainuddin Mohamad, 47, berkata inisitiaf yang diperkenalkan itu membuktikan kerajaan hari ini peka dan ambil tahu dengan kesusahan dialami rakyat.
"Kalau tiada RM50, kami tidak berani ke klinik swasta, nak ke klinik kerajaan pula orang terlampau ramai...bila ada bantuan ini saya sangat bersyukur," katanya kepada Bernama.
Skim Perubatan MADANI memperuntukkan RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan (RM125), bujang (RM75) dan penerima boleh mendapatkan beberapa kali rawatan percuma hingga peruntukan bagi setiap isi rumah habis.
Di Kelantan, warga emas yang menetap di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Nulgilan Yusof, 67, berkata dengan adanya skim itu beliau berpeluang untuk 'merasa' khidmat kesihatan di klinik swasta yang lebih dekat dengan rumahnya dan lebih selesa, berbanding sebelum ini di Klinik Kesihatan Peringat.
"Setakat ini, tiada lagi peluang yang disediakan macam ini. Terima kasih kepada kerajaan kerana beri ruang kepada kami untuk turut merasai khidmat kesihatan lebih baik," katanya.
Sementara itu, doktor perubatan di Klinik Lestari yang terletak di bandar satelit Pasir Tumboh, Dr Norhanis Sanusi berkata pihaknya kini sedang membuat persiapan akhir bagi memulakan khidmat rawatan Skim Perubatan MADANI, minggu depan.
Beliau berkata pemilihan klinik itu sebagai antara lokasi rawatan di bawah skim berkenaan sangat bertepatan dengan jumlah penduduk yang agak padat di sekitar Pasir Tumboh.
Dalam pada itu, beberapa penerima manfaat tersebut di Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang menyifatkan skim itu memberi kemudahan kepada mereka untuk mendapat rawatan yang lebih cepat di klinik swasta terutamanya pada waktu malam dan hari minggu.
Peniaga, Fatimah Hassan, 55, dari Bukit Rambai, Melaka berkata sebelum ini, beliau terpaksa menunggu lama di klinik kesihatan milik kerajaan walaupun hanya mengalami demam biasa.
"Walaupun Skim Perubatan MADANI ini hanya meliputi kes ringan seperti demam, cirit-birit dan muntah, ia amat bermakna kepada saya kerana kos rawatan bagi sakit seperti itu pun boleh mencecah antara RM30 hingga RM80 bagi sekali rawatan di klinik swasta," katanya.
Bagi pelajar yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan, Nismalina Natasha Zainal Abidin, 20, berkata usaha kerajaan itu perlu berterusan dan diperluaskan perkhidmatannya bagi pemeriksaan penyakit kronik pada masa akan datang.
Penerima STR di Pulau Pinang, Mohd Muaz Ahmad, 45, berkata skim itu memberi banyak kelebihan kepada beliau sekeluarga terutama jika ada dalam kalangan mereka yang sakit pada waktu malam atau hari minggu untuk terus ke klinik swasta.
"Memang boleh pergi ke hospital kalau malam tapi untuk sakit yang tak serius saya rasa skim ini akan beri banyak manfaat kepada kami golongan B40, kami boleh terus ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan secara percuma," katanya.
Sementara itu di Pahang, Norhafizan Zulkifli, 36, yang bekerja sendiri berharap kerajaan dapat mempertimbangkan menaikkan jumlah bantuan Skim Perubatan MADANI untuk golongan bujang yang berjumlah RM75 kepada RM100 bagi membolehkan mereka benar-benar menikmati kemudahan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Rata-rata penerima manfaat menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma di klinik perubatan swasta. - Gambar fail//ecentral.my/skim-perubatan-madani/
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.
Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.194 bilion tahun depan iaitu peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.
Pahang bina pangsapuri bantu orang muda dan B40 miliki rumah
Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari
Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer dari Kuching berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
Belanjawan 2025: Ini langkah kerajaan tingkat kesejahteraan penduduk rumah mampu milik
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
Akses pendidikan kepada semua kekal walaupun cadang henti subsidi golongan kaya - Zambry
Kerajaan kekal dengan pendirian memastikan akses pendidikan dinikmati semua golongan walaupun terdapat cadangan menghentikan subsidi kepada anak golongan kaya di IPTA.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur IPT, AI antara fokus KPT
Pembangunan infrastruktur di institut pengajian tinggi dan program pengantarabangsaan universiti antara fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Belanjawan 2025.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
Lebih banyak syarikat swasta sertai inisiatif Ihsan Rahmah MADANI
Sektor swasta terbukti mampu tanggung sendiri kos, jualan dan keuntungan dalam menyokong usaha memastikan rakyat dapat nikmati harga murah.