PUTRAJAYA: Lebih banyak pertemuan antara Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan diadakan selepas ini bagi membincangkan isu berkaitan doktor kontrak, kata jurucakap HDK Dr Muhammad Yassin.
Bercakap kepada pemberita di luar bangunan KKM di sini hari ini, beliau berkata ia antara perkara dijanjikan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika sesi pertemuan dan penyerahan memorandum berkaitan tuntutan gerakan tersebut yang berlangsung kira-kira 40 minit hari ini.
"Dr Zaliha janji akan adakan penglibatan berterusan dengan HDK supaya kita boleh jadi orang tengah antara doktor kontrak dan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang ditubuhkan baru-baru ini," katanya.
Intipati memorandum tersebut antaranya menyebut HDK mahu KKM memasukkan wakilnya sebagai anggota HLC, sebagai middle point antara doktor kontrak kerajaan agar dapat mencari solusi yang akan menggembirakan semua pihak.
"Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata penglibatan HDK dalam HLC adalah sedikit susah memandangkan ia ditubuhkan di peringkat Kabinet," katanya.
Dr Zaliha sebelum ini berkata Jemaah Menteri pada 31 Mac telah bersetuju menubuhkan HLC bagi menangani isu doktor kontrak dan jawatankuasa itu menggabungkan beberapa kementerian dan agensi termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan pengerusi HLC dilaporkan berkata kerajaan akan memastikan situasi menang-menang dicapai supaya tiada pihak yang berasa rugi atau tersingkir dalam penyelesaian isu perjawatan doktor kontrak.
HDK turut memohon kerajaan menyegerakan proses penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan sebagai langkah memperkasa kebajikan dan jaminan untuk staf kesihatan kontrak secara amnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
![Lebih banyak pertemuan KKM, Hartal Doktor Kontrak Lebih banyak pertemuan KKM, Hartal Doktor Kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681224815_MuhammadYassin.jpg)
Jurucakap Sekretariat Hartal Doktor Kontrak Dr Muhammad Yassin (dua, kiri) bersama doktor kontrak hadir menyerahkan memorandum kesaksamaan kebajikan untuk pegawai perubatan kontrak dan staf kesihatan kontrak di Malaysia. - Foto BERNAMA
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Parlimen: 1,497 doktor letak jawatan sejak 2017, 514 pada 2021 Parlimen: 1,497 doktor letak jawatan sejak 2017, 514 pada 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635239339_AzmiGhazali.jpg)
Parlimen: 1,497 doktor letak jawatan sejak 2017, 514 pada 2021
Dari Januari hingga 26 November 2021, seramai 514 orang pegawai perubatan lantikan kontrak telah meletakkan jawatan.
![Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627320574_TengkuZafrul.jpg)
Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi
Kerajaan telah bersetuju melanjutkan kontrak kira-kira 14,000 doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh dua tahun.
![Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624358731_AdnanMat.jpg)
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
![Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623996049_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg)
Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelan tersebut perlu merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek sederhana dan pelan jangka panjang.