KANGAR: Program Jualan Rahmah (PJR) yang mula dilancarkan di Perlis pada 16 April lepas terus mendapat sambutan pelbagai masyarakat dan telah memberi manfaat kepada 71,176 pengguna terutama mereka yang memerlukan daripada golongan B40.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis Norazah Jaapar berkata setakat ini, PJR telah diadakan sebanyak 45 kali meliputi 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.
"Nilai jualan keseluruhan PJR sehingga kini adalah sebanyak RM957,340 dan melibatkan perbelanjaan keseluruhan termasuk subsidi berjumlah RM513,617.12 ... antara barangan dijual yang mendapat sambutan tinggi ialah beras, tepung gandum, minyak masak, bihun, bawang dan makanan kering," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.
Beliau berkata PJR di negeri ini dilaksanakan secara dua kaedah iaitu jualan di dalam dan luar premis serta diadakan di lokasi berbeza untuk memastikan semua rakyat mendapat manfaat daripadanya.
"Bagi jualan di luar premis, KPDN Perlis mengadakan kolaborasi dengan pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi jabatan kerajaan ... selain itu, premis-premis perniagaan juga terlibat sebagai rakan strategik dalam pelaksanaan PJR," katanya.
Norazah berkata KPDN Perlis menyusun strategi agar kebolehcapaian ini dapat dilaksanakan menerusi Jualan Rahmah Bergerak dan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat.
"Rakyat negeri Perlis khasnya diminta untuk mengikuti Facebook KPDN Perlis untuk mendapatkan kemas kini berhubung penganjuran PJR di sekitar negeri ini.
"Kami turut menerima maklum balas daripada rakyat bagi tujuan penambahbaikan, antaranya pengguna meminta agar program ini diadakan secara lebih kerap di tempat mereka terutama di kawasan yang berjauhan dari pasar raya seperti di FELDA dan FELCRA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023

Norazah berkata KPDN Perlis menyusun strategi agar kebolehcapaian ini dapat dilaksanakan menerusi Jualan Rahmah Bergerak dan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat. - Foto Facebook/KPDN Perlis

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.