KUALA LUMPUR: Lebih 6,000 anak-anak Sarawak di semenanjung akan berkampung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 15 Oktober bagi meraikan program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022.
Acara tahunan edisi ke-14 itu kembali selepas dua tahun ditangguhkan akibat COVID-19 sejak kali terakhir dianjurkan pada tahun 2019 lalu.
Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata acara itu diadakan kerajaan negeri agar interaksi yang lebih rapat dan berintelektual dapat dilangsungkan antara pemimpin dan anak sarawak khasnya para belia yang menuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung.
Merangkap Menteri Bertanggungjawab, Fadillah berkata platform tersebut membudayakan gaya kepimpinan berkaliber setiap pemimpin Sarawak yang berjiwa rakyat.
“Semasa sesi townhall bersama Premier Sarawak, anak-anak Sarawak ini berpeluang untuk berinteraksi secara terus kepada beliau untuk meluahkan apa sahaja masalah atau cadangan yang mereka boleh kemukakan.
“Ini adalah sebenarnya tujuan Lan Berambeh diadakan iaitu platform interaksi di peringkat kepimpinan tertinggi Kerajaan Sarawak dan juga pegawai-pegawai kerajaan dengan anak-anak sarawak yang berada di Semenanjung,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan akhir Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 edisi ke-14 di MITEC Kuala Lumpur pada Jumaat.
Selain sesi townhall bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, acara ini turut fokus kepada sesi diskusi bersama pegawai kerajaan dan lebih 28 reruai pameran berhubung Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
Dalam pada itu, Fadillah berkata Lan Berambeh adalah komitmen kerajaan untuk mendengar dan menyelesaikan segera isu yang dilalui anak Sarawak di Semenanjung berdasarkan saranan yang diutarakan dalam setiap sesi penganjurannya.
“Salah satu contoh hasil daripada penganjuran Lan Berambeh semasa interaksi townhall dahulu ialah apbila mereka (pelajar IPT) menyuarakan permasalahan tambang kapal terbang pergi balik yang amat mahal sehingga kerajaan negeri memperkenalkan Inisiatif Graduan Pulang Sarawakc (IGPS).
“Melalui IGPS, kerajaan negeri telah memperuntukan sejumlah RM600 kepada pelajar-pelajar dan ia boleh dituntut sebanyak dua kali iaitu RM300 setiap tuntutan yang diselaraskan oleh persatuan Anak Sarawak bersama Yayasan Sarawak,” ujarnya lanjut.
Untuk makluman, jumlah pengunjung ke Lan Berambeh kali ini terpaksa dihadkan bagi mematuhi prosedur peralihan negara ke fasa endemik dan pernah mencatatkan sehingga lebih 10,000 pengunjung sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2007.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri Oct 14 2022
Persiapan akhir dilakukan petugas Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di Mitec Kuala Lumpur.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Lebih 6,000 anak Sarawak di Semenanjung dijangka hadir ke program Lan Berambeh
Lebih 6,000 anak-anak Sarawak di semenanjung akan berkampung di MITEC pada 15 Oktober bagi meraikan program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022.