JOHOR BAHRU: Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee di sini terjejas akibat ribut petang tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin Mohd Hairi Mad Shah berkata antara kerosakan adalah melibatkan bumbung rumah dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Dewanraya Kampung Melayu Majidee dalam masa terdekat bagi menempatkan penduduk terjejas.
"Ini perlu kerana rumah yang rosak itu tidak selamat untuk didiami, ada bumbung yang terbuka luas, jadi kami ambil keputusan buka satu PPS dan galakkan mangsa pindah sementara... Kami akan berusaha dapatkan peruntukan bantuan di peringkat negeri dan pusat.
"Saya sendiri sudah menghubungi Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau memberi maklum balas positif berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman mangsa yang terjejas di sini malam ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri itu berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat serta mengenal pasti jumlah kerugian.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru dalam satu kenyataan memaklumkan tiga kereta rosak kerana dihempap pokok akibat ribut pada 2.48 petang.
Menurut sekretariat itu, laporan mengenai insiden tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut petang tadi. - Foto Sinar Harian

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Lebih 50 rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut
Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut petang tadi.

14 rumah rosak, ribut landa Kampung Melayu Majidee
Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas dan rosak akibat ribut pada petang Rabu.

Remaja tauke ketum ditahan, lebih 200 kg daun ketum dirampas
Polis merampas satu tong plastik yang mengandungi 18 bungkus plastik lut sinar berisi cecair yang disyaki air ketum seberat sembilan liter.

JKNJ nafi mesej tular berkaitan kes positif COVID-19 di Kampung Melayu Majidee
JKNJ menafikan mesej tular berkaitan hebahan maklumat kes positif COVID-19 di Jalan Budiman, Kampung Melayu Majidee di sini.