MELAKA: Polis Melaka menjangkakan pertambahan 50 peratus daripada purata 45,000 kenderaan memasuki negeri itu di ketiga-tiga plaza tol menjelang sambutan Aidilfitri nanti.
Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah berkata menerusi pemantauan aliran trafik di laluan pintu masuk ke negeri berkenaan juga menunjukkan peningkatan selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April membabitkan 45,203 kenderaan berbanding 31 Mac (31,145 kenderaan).
"Kita percaya kemasukan kenderaan terus meningkat sehingga Aidilfitri nanti berdasarkan kedudukan Melaka sebagai negeri tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa di samping rakyat negara ini yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya dan bercuti," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Kempen Keselamatan Rumah dan Pengedaran Bubur Lambuk yang disempurnakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan.
Program berkenaan dianjurkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan AMES Hotel bagi menghebahkan kepada masyarakat mengenai peranan orang ramai untuk memastikan keselamatan harta benda ketika musim perayaan.
Razali berkata walaupun negara telah membuka pintu sempadan namun polis juga ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana pasukan pemantau SOP masih lagi berkuat kuasa dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang ingkar.
"Selain itu polis Melaka juga sentiasa bersiap-siaga di samping akan membuat penyusunan semula pasukan pematuhan supaya penugasan dalam kalangan anggota dapat dipertingkatkan khususnya di kawasan tumpuan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata polis Melaka belum memberi kelulusan permit menjual bunga api dan mercun walaupun menerima kira-kira 20 permohonan daripada penjual di sekitar Melaka Tengah dan Alor Gajah sempena Hari Raya.
Beliau berkata pihaknya masih meneliti syarat-syarat ditetapkan berkaitan penjualan mercun termasuk mengkaji kesesuaian tempat dan lokaliti dibenarkan di samping meneliti bekalan didapati daripada pengedar sah, selain mendapat kebenaran berniaga dari pihak berkuasa tempatan (PBT) dan menepati jenis bunga api dibenarkan seperti 'Happy Boom' dan 'Pop-pop'.
"Penjualan di luar kawasan selain tempat dibenarkan adalah dilarang sama sekali seperti di kaki lima rumah dan premis kedai atau sebagainya, sememangnya ada dalam permohonan tapi kita tidak benarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Zaidi (dua, kanan) diiringi Razali (tengah) mengedarkan bubur lambuk dan cenderahati kepada salah seorang pengguna jalan raya pada Kempen Keselamatan Rumah dan Pengedaran Bubur Lambuk di Ayer Keroh, Melaka, 6 Apr 2022. -- fotoBERNAMA
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
'Permohonan maaf saya tak ada kaitan isu papan tanda, sebaliknya... '
Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan permohonan maaf belieu kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini tiada kaitan dengan isu papan tanda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
KKM akan terus meneliti cadangan kerja syif 45 jam seminggu
Proses libat urus dengan semua pihak berkepentingan perlu diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan berkenaan tempoh bekerja 45 jam bagi jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berbanding 42 jam dapat dimuktamadkan.
Imigresen Selangor tahan 119 PATI di Pandan Mewah
Seramai 119 warga asing ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen sah selain kesalahan imigresen di Pandan Mewah, Ampang pada Selasa.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 50 peratus kenderaan masuk ke Melaka sempena Aidilfitri
Pemantauan menunjukkan peningkatan aliran trafik di laluan pintu masuk selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.