JOHOR BAHRU: Kira-kira 5,000 umat Islam membanjiri Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn di sini hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan Palestin menentang rejim Zionis.
Hadirin yang rata-ratanya berpakaian berwarna putih tiba seawal 3 petang dengan mengenakan mafla dan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap warganya yang ditindas rejim Zionis itu.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pada perhimpunan itu bahawa kehadiran ramai penyokong biarpun dalam keadaan hujan rintik menunjukkan kesungguhan rakyat membela nasib rakyat Palestin supaya didengari semua pihak termasuk di peringkat antarabangsa.
"Tujuan kita berkumpul hari ini, Bangsa Johor untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap saudara seagama kita di bumi Palestin.
Kita menuntut kepada pemimpin dunia agar hak asasi kemanusiaan diberikan kembali kepada mereka dan kita menuntut supaya maruah kedaulatan bumi Palestin diberi kembali dan kita tuntut kezaliman, pembunuhan kejam diberhentikan serta merta.
Saya dimaklumkan dua hari lepas salah seorang pelajar tidak ke majlis konvokesyen kerana pada hari itu 44 ahli keluarganya terkorban di bumi Palestin dan inilah ujian terpaksa mereka hadapi di mana mereka tidak tahu apa yang akan berlaku kepada keluarga mereka," katanya.
Selain daripada perhimpunan itu pada hadirin turut meluangkan masa untuk membaca Surah Yassin, bertahlil dan menunaikan solat fardu dan hajat di masjid itu.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid , bekas-bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohamad dan Datuk Dr Sahruddin Jamal serta penyanyi rock terkenal Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau "Amy Search".
Dalam majlis itu, Onn Hafiz turut menyerahkan replika cek lebih RM2.5 juta untuk disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Kementerian Luar Malaysia hasil daripada kutipan di masjid dan surau seluruh negeri Johor, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza setakat ini mencatatkan angka lebih 12, 000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 8,300 wanita dan kanak-kanak manakala lebih 30,000 yang lain cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023
Kira-kira 5,000 umat Islam membanjiri Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn di sini hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan Palestin menentang rejim Zionis. - Foto Sinar Harian
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Lebih 5,000 orang hadir program solidariti bersama Palestin di Masjid Sultan Iskandar
Kira-kira 5,000 umat Islam membanjiri Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan Palestin menentang rejim Zionis.
Protes tanda solidariti bersama Palestin terus diadakan di seluruh dunia
Di seluruh dunia pada Sabtu menyaksikan orang ramai berhimpun sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin sambil menuntut gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.