Lebih 30 lagi pelajar Malaysia yang sebelum ini tidak mahu keluar daripada wilayah bergolak Sana'a di Yaman kini dalam proses untuk dibawa pulang selepas keadaan di sana semakin tegang, kata
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata 30 pelajar terbabit sebelum ini enggan pulang ke Malaysia bersama-sama kumpulan 67 pelajar yang dibawa pulang kerana sedang menghadapi peperiksaan.
"Saya baru dapat maklumat hari ini bahawa keadaan di Sana'a bertambah tegang dan lebih 30 pelajar yang enggan pulang sebelum ini memohon untuk pulang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Rakyat Wanita BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di sini, pada Selasa.
Proses membawa pulang pelajar terbabit sedang diusahakan oleh kerajaan menggunakan pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini berada di Jeddah, Arab Saudi, katanya.
Beliau berkata ketika ini terdapat lebih 100 lagi pelajar Malaysia di wilayah Hadramaut yang keadaannya agak terkawal.
"Bagaimanapun kami bimbang keadaan di Hadramaut juga akan bertambah tegang seperti di Sana'a dan kami bersiap sedia menjalankan proses evakuasi pelajar kita dari sana," kata Hishammuddin.
Sementara itu seorang pelajar yang tiba di Malaysia dari Aden pada Khamis lepas, Mohamad Aiman Salman Abdul Razak, 20, berkata keadaan di Aden dan Sana'a bertambah buruk dengan pengeboman berlaku hampir setiap hari berdekatan kawasan kediaman pelajar yang memaksa mereka pulang ke tanah air.
"Saya berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan BN (Barisan Nasional) yang bertungkus lumus berusaha membawa kami pulang ke tanah air," katanya yang berasal dari Kuantan.
Keadaan di Yaman bergolak selepas tentera Arab Saudi yang disertai tentera pakatan Teluk melancarkan operasi ketenteraan terhadap puak Houthi bagi menyelamatkan pemerintahan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi daripada konflik perang saudara.
Bernama
Tue Apr 21 2015
Hishammuddin berkata ketika ini terdapat lebih 100 lagi pelajar Malaysia di wilayah Hadramaut yang keadaannya agak terkawal. - Gambar Fail
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).