Lebih 160,000 pemegang kad MyRapid telah menukar kepada kad baharu MyRapid Touch 'n Go (MyRapid TnG) sejak penukaran kad itu oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bermula pada 15 Jun.
Prasarana, dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, lebih 40,000 daripada jumlah kad yang ditukar terdiri daripada kad konsesi untuk pelajar warga emas dan orang kelainan upaya.
Penukaran kepada kad baharu MyRapid TnG bertujuan untuk melancarkan perjalanan apabila menggunakan semua perkhidmatan Rapid KL termasuk Fasa Dua Petrkhidmatan MRT Sungai Buloh-Kajang yang akan beroperasi pada 17 Julai.
Fasa Dua MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Pasar Seni dan LRT Laluan Sri Petaling/Ampang di Maluri dan Plaza Rakyat.
Prasarana berkata oleh kerana sistem tiket MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang hanya menerima token dan kad simpanan nilai Touch ‘n Go, pemegang kad MyRapid yang menaiki sistem MRT melalui rangkaian LRT akan menghadapi masalah ketika hendak keluar di stesen MRT.
Adalah penting bagi pemegang kad MyRapid untuk menukarkan kad simpanan nilai kepada kad baharu MyRapid TnG, kata kenyataan itu.
Untuk memudahkan proses penukaran kad, Prasarana telah membuka pusat tambahan penukaran kad di Subang Jaya dan Awan Besar pada 21 Jun, stesen Sri Rampai (30 Jun) selain pusat utama di Hab Bas Pasar Seni yang dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam sehingga Sabtu ini.
“Warga emas dan orang kelainan upaya diberi keutamaan di ketiga-tiga stesen LRT semasa proses penukaran kad yang mengambil masa kurang 15 minit untuk siap,” kata kenyataan itu.
Walaupun penukaran kad konsesi hanya dibenarkan di keempat-empat pusat tersebut, penukaran kad generik MyRapid boleh dilakukan di Pejabat Perhubungan Pelanggan di stesen LRT, Bas Rapid Transit (BRT) dan monorel.
Penukaran kad konsesi dan kad generik adalah percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017
Untuk memudahkan proses penukaran kad, Prasarana membuka pusat tambahan penukaran kad di Subang Jaya dan Awan Besar, stesen Sri Rampai selain pusat utama di Hab Bas Pasar Seni yang dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam. - Gambar hiasan
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Lebih 160,000 pemegang kad telah tukar kepada kad baharu MyRapid Touch 'n Go
Lebih 40,000 daripada jumlah kad yang ditukar terdiri daripada kad konsesi untuk pelajar warga emas dan orang kelainan upaya.