DENGKIL: LBS Bina Group Berhad (LBS), syarikat pemaju hartanah terkemuka Malaysia telah mengadakan cabutan bertuah pusingan ke-2 bagi kempen LBS Fabulous 20-21 dengan hadiah bernilai sehingga RM731,000.
Aktiviti cabutan bertuah ini terbuka kepada pembeli rumah yang membeli dari senarai hartanah terpilih LBS dengan harga melebihi RM250,000 mulai Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.
Antara projek yang mengambil bahagian termasuk KITA @ Cybersouth, LBS Alam Perdana dan Prestige Residence yang baru dilancarkan.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, aktiviti cabutan bertuah itu terbahagi kepada dua bahagian dan telah menawarkan ganjaran hadiah bernilai lebih daripada RM1.16 juta secara keseluruhan kepada 1,200 orang pembeli rumah yang bertuah.
Jelasnya, pusingan kedua cabutan bertuah ‘LBS Fabulous 20-21’ telah disiarkan secara langsung melalui Facebook LBS pada 28 Mac 2022 baru-baru ini.
"Pembeli rumah yang layak berpeluang memenangi rangkaian kereta Proton, seperti Proton X70 1.8L Executive 2WD, Proton Exora CVT Executive, 3-unit Proton Persona 1.6 CVT Standard dan 3-unit Proton Iriz CVT.
"Bagi penggemar aktiviti lasak, enam unit basikal Decathlon Rockrider ST30 juga menanti para pemenang serta hadiah menarik lain yang ditawarkan termasuk 15-unit Dell Vostro Notebook, 20-unit Samsung Galaxy Tab dan pelbagai peralatan rumah.
"Saya harap dengan cabutan bertuah ini, ia akan memberi pengalaman istimewa kepada pembeli rumah kami. Selain daripada hadiah menarik, LBS akan terus membawakan produk yang bernilai tinggi di samping menyediakan kualiti hidup sempurna kepada semua pembeli untuk tahun-tahun akan datang.
"Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia, LBS mempunyai perancangan besar untuk negara dan rakyat," katanya kepada Astro AWANI.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Joey Lim Hock Guan dan Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim Mooi Pang.
Proses undian tersebut dikawal selia rakan penasihat undang-undang, Steven Tai, Wong & Partners yang telah dilantik khas bagi memastikan ianya dilakukan dengan adil dan saksama.
Sementara itu, pemenang utama hadiah cabutan bertuah tersebut, Hanif Abdul Rahman, 34, yang juga seorang pegawai khidmat pelanggan meluahkan rasa teruja dan bersyukur atas rezeki yang diperolehinya kerana berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton X70 pada cabutan hadiah bertuah tersebut.
"Alhamdulillah, sebab pertama kali saya memenangi cabutan bertuah sebegini dan sejak pandemik ini ramai orang mempunyai masalah kewangan dan saya juga salah seorang diantara yang terkesan.
"Alhamdulliah, ini rezeki keluarga dan kereta itu akan dihadiahkan kepada isteri saya, Siti Aminah Mohamad yang banyak menyokong saya selama ini," katanya.
Bagi Chong Ai Li, 36, yang juga pengarah syarikat produk makanan dan minuman yang memenangi kereta Proton Exora CVT Executive berkata, usaha LBS merupakan niat murni kerana ingin membantu orang ramai untuk mampu memiliki rumah idaman mereka dengan harga yang berpatutan.
"Saya sangat terharu kerana LBS memberikan hadiah istimewa berupa sebuah kereta selepas saya membeli sebuah rumah di tapak perumahan tersebut.
"Pada masa sama, saya sangat menghargai dengan apa yang LBS laksanakan iaitu dengan memberikan promosi harga istimewa agar semua warganegara Malaysia khususnya mampu untuk memiliki rumah impian mereka," katanya.
Untuk maklumat lanjut, boleh melayari di laman www.lbs.com.my bagi produk terkini serta kempen jualan LBS.
Ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Mon Apr 04 2022
Percaya tak dengan membeli rumah, kini anda boleh dapat kereta percuma!. Bukan itu sahaja, banyak lagi hadiah menarik ditawarkan termasuk motosikal, gajet, basikal dan peralatan rumah. LBS memang terbaik!
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.
Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.
Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia
Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.
Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim
Pengeluar kereta nasional Proton baru-baru ini melancarkan projek penambahan fasiliti 'stamping' bernilai RM253 juta di Tanjong Malim, yang dikenali sebagai stamping E dan F.