Lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia akan memberi fokus ke arah mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara di semua peringkat, kata Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Fahad Abdullah Al-Rashid.
Beliau berkata hubungan diplomatik yang erat antara kedua-dua negara, terjalin pada awal 1960, boleh disifatkan sebagai hubungan persaudaraan.
Beliau berkata hubungan erat yang dibina berasaskan perpaduan agama harus diperkukuhkan bukan sahaja untuk manfaat kedua-dua negara tetapi juga untuk perpaduan dunia Islam keseluruhan.
"Sudah pasti pertukaran perdagangan antara kedua-dua negara akan menjadi satu daripada agenda utama lawatan tetapi perpaduan dan solidariti negara-negara Islam juga tidak kurang penting.
"Kami berharap banyak perjanjian boleh dicapai semasa lawatan ini di semua peringkat," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.
BACA: Hal ehwal haji agenda utama lawatan Raja Salman ke Malaysia
Raja Salman dijadual tiba di Malaysia Ahad ini untuk lawatan negara selama empat hari. Semasa lawatan, baginda akan menemui pemimpin Malaysia, kalangan ahli perniagaan, pelajar dan mufti.
Fahad berkata Malaysia kepakaran teknikal Malaysia semakin diiktiraf di Arab Saudi terutama dalam sistem pengangkutan.
Beliau berkata perolehen kontrak oleh Prasarana Malaysia Berhad bagi operasi dan penyelenggaraan sistem Metro Arafah-Mina semasa musim haji adalah contoh terbaik tentang bagaimana kedua-dua negara mendapat manfaat antara satu sama lain.
"Inilah contoh bagaimana kita bertukar kepakaran dengan negara-negara lain, kita sentiasa menaruh harapan untuk memperoleh manfaat daripada pengalaman mana-mana negara dalam mana-mana sektor, sama ada Malaysia atau negara lain," kata beliau.
Sementara itu, Fahad berkata, beliau menjangka peningkatan jumlah pelancong Arab Saudi ke Malaysia memandangkan Malaysia ialah antara destinasi popular di kalangan rakyat Arab Saudi.
Beliau berkata, persamaan dari segi agama dan budaya Islam mendorong umat Islam dari seluruh dunia untuk melawat Malaysia.
"Kebanyakan pelancong beragama Islam lebih sukakan Malaysia kerana negara ini memupuk nilai-nilai Islami. Begitu juga, kita melihat pelancong Malaysia melawat Arab Saudi untuk berbulan madu mereka di Mekah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
![Lawatan Raja Salman ke Malaysia kukuhkan hubungan dua hala Lawatan Raja Salman ke Malaysia kukuhkan hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487938440_DatukFahad.jpg)
FAHAD: Raja Salman akan memberi fokus ke arah mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara di semua peringkat. - fotoBERNAMA
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720934318_tbesukan.jpg)
Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi
IOC menandatangani persetujuan selama 12 tahun dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Arab Saudi untuk menganjurkan Olimpik Esukan.
![Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720669704_TBCrownPrinceGlob.jpg)
Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia
The Global Sports Tower atau Menara Sukan Global akan menjadi mercu tanda penting dalam projek Sports Boulevard.
![Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715821710_SyedSallehSyedAbd.jpg)
Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh
Ini kerana setiap negara telah diperuntuk dengan keluasan tanah tertentu berdasarkan jumlah kuota jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.
![Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718840477_Hajj.jpg)
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.
![Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718838127_MohdNaimMokhtar.jpg)
Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Kesemua mereka bagaimanapun sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah (15 Jun 2024).
![Jemaah haji hilang di Mina sejak tiga hari lalu ditemui selamat Jemaah haji hilang di Mina sejak tiga hari lalu ditemui selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718787782_Jemaahhajihilan.jpg)
Jemaah haji hilang di Mina sejak tiga hari lalu ditemui selamat
Seorang jemaah haji dari Puncak Alam di sini yang dilaporkan hilang di Mina sejak Ahad lalu ditemui dalam keadaan selamat.
![Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718760611_kaabah.jpg)
Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel
Walaupun jumlah jemaah haji yang ramai dan cabaran suhu yang tinggi, tidak berlaku sebarang wabak ataupun ancaman kesihatan lain berlaku.
![Arab Saudi bina laluan pejalan kaki 'lembut' hubungkan Arafah-Muzdalifah Arab Saudi bina laluan pejalan kaki 'lembut' hubungkan Arafah-Muzdalifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718338309_TBJEMAAHHAJIx.jpg)
Arab Saudi bina laluan pejalan kaki 'lembut' hubungkan Arafah-Muzdalifah
Kementerian Pengangkutan bagi Operasi Jalan Raya dan Penyelenggaraan Arab Saudi telah membangunkan laluan pejalan kaki dengan lantai yang 'lembut' menghubungkan Arafah dengan Muzdalifah.
![2,500 penduduk Gaza tidak dapat tunai haji akibat penutupan laluan Rafah 2,500 penduduk Gaza tidak dapat tunai haji akibat penutupan laluan Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701384858_TBRafah.jpg)
2,500 penduduk Gaza tidak dapat tunai haji akibat penutupan laluan Rafah
Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini.
![Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718317738_Konvoikesihatanma.jpg)
Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji
Keadaan kesihatan jemaah dipantau dan dinilai oleh pasukan perubatan pakar yang mengiringi konvoi itu sehingga tiba di Tapak Suci.