"Kenal tak? Saya pok cik Maszlee," demikian kata Dr Maszlee Malik kepada pelajar ketika menjejakkan kaki ke dalam dua bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang ketika melakukan lawatan secara mengejut hari ini.
Pendekatan mesra dan mudah didekati itu membuatkan pelajar lebih berani mendekati Menteri Pendidikan itu dan beliau sendiri mendahului menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan cara tersendiri bersama pelajar walaupun ramai yang seolah-olah tergamam melihat beliau.
Awalnya ada yang segan untuk berdepan dengan Maszlee kerana keadaan baju sekolah yang kotor namun Maszlee menyatakan bahawa baju yang kotor tanda orang itu aktif dan pelajar yang aktif adalah seorang yang cerdik.
Usikkan itu ternyata berjaya dan ramai yang akhirnya tersenyum dan bersemangat mendengar pesanan Maszlee supaya menyampaikan salam kepada ibu bapa masing-masing serta membelikan mereka buku cerita berbahasa inggeris lebih banyak dan perlu makan sebelum ke sekolah.
Aksi Maszlee itu dirakamkan oleh ramai pihak dan ia bukan sahaja menarik perhatian pelajar tetapi juga guru serta pengamal media yang berada di lokasi malah Dr Maslee tidak kisah 'mengendap' pelajar menerusi tingkap sahaja ketika melalui kawasan kelas bagi mengelak menganggu tumpuan pembelajaran mereka.
Dalam kunjungan itu Maszlee menegaskan beliau akan hadir ke mana-mana sekolah pada bila-bila masa tanpa jadual terperinci bagi mengenalpasti permasalahan dengan cara lebih berkesan.
Pada persidangan akhbar, beliau menegaskan bahawa kontraktor yang lewat menyiapkan projek yang ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas.
"Sekolah Kebangsaan Seberang Marang ini termasuk dalam sekolah daif dan pembinaan bangunan dua tingkat di sini terlewat siap dan terbengkalai. Kita akan memantau dan pastikan segala projek sekolah di seluruh negara dalam masa lima tahun ini akan dipercepatkan.
"Semua kontraktor perlu bersedia kerana saya akan muncul bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ada beberapa negeri yang mempunyai projek terbengkalai dan ada yang serius termasuk di Borneo. Mereka (kontraktor) perlu kembali kepada jadual asal dan sekiranya lewat tindakan akan menyusul," katanya.
Tambah beliau, pada era Malaysia baru, pihak kontraktor sepatutnya cuba berubah dengan memastikan projek mendahului (siap) daripada jadual yang diberikan dan perlu mempunyai mentaliti negara maju tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kualiti.
Sekolah terbabit menempatkan 620 pelajar namun tidak mempunyai dewan malah terpaksa menggunakan bilik makmal (hanya saiz bilik darjah biasa) sekiranya terdapat majlis tertentu.
Namun ekoran masalah kontraktor yang tidak menyiapkan bangunan dua tingkat yang sepatutnya menempatkan pelajar sebanyak lapan bilik darjah, makmal itu terpaksa digunakan sebagai kelas kepada 56 pelajar (darjah dua).
Ia sepatutnya siap Februari lepas namun tertangguh sehingga kini dan di kesempatan lawatan itu Maszlee sempat mengingatkan kontraktor supaya menyegerakan pembinaan bagi memberi keselesaan kepada pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 08 2018
![Lawatan mengejut, dekati pelajar - Maszlee Lawatan mengejut, dekati pelajar - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531041922_maszleemalik.jpg)
Maszlee beramah mesra bersama pelajar ketika melakukan lawatan di SK Seberang Marang hari ini. Turut hadir Guru Besar Azman Abdul Hadi. --fotoBERNAMA
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
AWANI Sabah+: Pacu sektor pendidikan demi kemajuan generasi muda
Menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Kerajaan Sabah terus komited dan menyokong sepenuhnya usaha memperkasa modal insan menerusi pembangunan sektor pendidikan.
![Cecah usia 129 tahun, mengapa Memorial Pelanggaran Gajah kian daif, dipandang sepi? Cecah usia 129 tahun, mengapa Memorial Pelanggaran Gajah kian daif, dipandang sepi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695339143_TBGAJAHRAILWAY.jpg)
Cecah usia 129 tahun, mengapa Memorial Pelanggaran Gajah kian daif, dipandang sepi?
Memorial Pelanggaran Gajah yang terletak dekat Taman Melor sudah usang dan dinaiki semak samun sehingga tenggelam dari pandangan umum.
![Warga emas hidup berhimpit bersama 15 ahli keluarga dalam rumah kecil Warga emas hidup berhimpit bersama 15 ahli keluarga dalam rumah kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620032094_icareu.jpg)
Warga emas hidup berhimpit bersama 15 ahli keluarga dalam rumah kecil
"Ada tiga bilik, dua bilik kelamin untuk anak dan menantu masing-masing ada dua dan enam orang anak, satu bilik kecil saya bersama cucu."
![Warga emas OKU ditemui tinggal dalam rumah uzur Warga emas OKU ditemui tinggal dalam rumah uzur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613139967_OKUuzur.jpg)
Warga emas OKU ditemui tinggal dalam rumah uzur
Individu yang dikenali sebagai Pak Cik Hashim itu tinggal di dalam rumah yang strukturnya telah dimakan anai-anai selain atap yang bocor.
![Terpaksa 'berdamai' dengan asap jelaga: 'Tiada elektrik, saya belajar guna lampu pelita' Terpaksa 'berdamai' dengan asap jelaga: 'Tiada elektrik, saya belajar guna lampu pelita'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599624084_letrikbelajar.jpg)
Terpaksa 'berdamai' dengan asap jelaga: 'Tiada elektrik, saya belajar guna lampu pelita'
Delvina Ansarui terpaksa mengulang kaji dan membuat kerja rumah hanya menggunakan lampu pelita.
![PVATTBM rayu kerajaan perkenal semula kuota haji untuk veteran tentera PVATTBM rayu kerajaan perkenal semula kuota haji untuk veteran tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565775176_PasukanTenteraDara.jpg)
PVATTBM rayu kerajaan perkenal semula kuota haji untuk veteran tentera
Ismail berkata semasa pemerintahan BN dahulu, veteran tentera diberi kuota 400 tempat setahun untuk menunaikan fardu haji sementara veteran tentera yang daif dibantu untuk membina atau membaiki rumah.
![Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61576627095_WallaceBay.jpg)
Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.
![Keluarga daif tinggal dalam pondok terima bantuan kerajaan negeri Keluarga daif tinggal dalam pondok terima bantuan kerajaan negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71571459609_TBLeoMichealMartin.jpg)
Keluarga daif tinggal dalam pondok terima bantuan kerajaan negeri
Ketika ditemui, Leo Micheal menjelaskan dia terpaksa tinggal di pondok kebun milik salah seorang daripada adik-beradiknya di kampung itu.
![Derita kanak-kanak Syria sehingga terpaksa makan habuk roti Derita kanak-kanak Syria sehingga terpaksa makan habuk roti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531929602_roti.jpg)
Derita kanak-kanak Syria sehingga terpaksa makan habuk roti
Bayangkan segelintir daripada mereka bukan saja kehilangan tempat tinggal yang dibom pengganas tapi mereka juga hidup dalam serba kekurangan dan daif.
![Lawatan mengejut, dekati pelajar - Maszlee Lawatan mengejut, dekati pelajar - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531041922_maszleemalik.jpg)
Lawatan mengejut, dekati pelajar - Maszlee
Pendekatan mesra dan mudah didekati itu membuatkan pelajar lebih berani mendekati Menteri Pendidikan itu dan beliau sendiri mendahului menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan cara tersendiri.
![Lebuh Raya Pan Borneo: Saya hormat kontrak ditandatangani - Baru Bian Lebuh Raya Pan Borneo: Saya hormat kontrak ditandatangani - Baru Bian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61531040562_lebuhraya.jpg)
Lebuh Raya Pan Borneo: Saya hormat kontrak ditandatangani - Baru Bian
Tegasnya, pihaknya akan pastikan projek-projek ini siap dilaksanakan mengikut jadual.