Gara-gara melarikan diri dari tahanan lokap kerana mahu menyambut ulang tahun kelahiran bersama teman wanita 27 Oktober lalu, pemasang jubin dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Pang Hung Boon, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain.
Majistret memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap 29 Oktober lepas.
Mohd Hairol mengenakan hukuman penjara ke atas tertuduh kerana alasannya melarikan diri kerana mahu menyambut ulang tahun kelahirannya bersama teman wanita adalah tidak munasabah dan mencacatkan motif tertuduh ditahan.
Lelaki itu didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan lokap Balai Polis Taiping di sini, kerana ditahan secara sah bagi kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas), kira-kira 7.32 malam, 27 Oktober lalu.
Bagi kesalahan tersebut, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pang yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah hanya mengenakan hukuman denda kerana dia perlu menjaga bapanya serta teman wanita dan anaknya.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Raihan Rithwan memohon agar mahkamah menolak rayuan tertuduh untuk dikenakan denda kerana tertuduh mempunyai empat rekod jenayah lampau pada 2014, 2015 dan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 01 2018
Lari lokap untuk sambut 'birthday'. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Gambar fail
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
Persaraan ini hadiah istimewa sempena hari lahir saya - Mohd Zuki
Mohd Zuki sifatkan persaraannya sebagai Ketua Setiausaha Negara dan penjawat awam esok sebagai hadiah istimewa sempena hari lahirnya.
Tragedi sambutan hari jadi: Lelaki OKU lemas, 5 rakan ditahan
Polis menahan lima individu selepas seorang rakan mereka yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lemas dalam kejadian di kolam renang dekat sebuah hotel di sini pada awal pagi Sabtu.
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Usia sudah 64 tahun namun hanya berpeluang rai ulang tahun 16 kali
Steven Foo Tzeh Chih, yang dilahirkan pada tarik unik iaitu 29 Feb, hanya berpeluang menyambut hari jadinya empat tahun sekali susulan fenomena tahun lompat.
Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen
Pembunuhan Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan dan lebih memilukan apabila baru-baru ini bapanya, Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 buat anak perempuannya itu.
Ka Siong ucap 'Selamat Hari Lahir ke-70' kepada Najib
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini mengambil peluang mengucapkan selamat hari jadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi lama Facebook miliknya.
Keluarga diraja Britain kongsi gambar baharu Putera Louis
Gambar itu dikongsi kedua ibu bapanya iaitu pewaris takhta, Putera dan Puteri Wales, Putera William dan Kate Middleton.
Google Malaysia rai hari lahir Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia, Kamn Ismail
Enjin carian terbesar dunia Google memberi penghargaan kepada Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia Allahyarham Datuk Kamaruddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail menerusi Google Doodle.
PM zahir terima kasih atas ucapan, doa sempena hari lahir ke-62
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan dan doa sempena ulang tahun kelahirannya ke-62 hari ini.