Laporan berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berterusan mengkritik Presiden UMNO dan bersekongkol dengan pembangkang telah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebagai sebuah parti berstruktur, tindakan mengikut peraturan atau perlembagaan parti itu perlu, walaupun secara asasnya perbuatan mereka boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil seperti digantung keahlian atau dipecat.
"Kita bukan seperti parti politik lain yang membuang ahlinya sesuka hati, UMNO mempunyai cara dan peraturan yang perlu diikut seperti termaktub dalam perlembagaan parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini hari ini.
"Oleh itu, tunggulah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang kerana saya juga menanti apa yang Lembaga Disiplin akan maklumkan kepada kami," katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Tengku Adnan berkata secara peribadi beliau berpandangan Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya mengisytiharkan diri keluar UMNO selepas tidak lagi bersetuju dengan parti itu.
Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata pihaknya sedang memantau dan mengawasi perkembangan penyebaran ajaran sesat Millah Abraham@ Ibrahim yang dikesan menular di wilayah itu.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata perkembangan tidak sihat itu mula dikesan sejak lapan bulan lepas.
"Apa yang diajar sangat memeningkan tetapi barangkali oleh kerana perkara yang disebut atau diajar itu nampak mudah seperti mudah hendak berkahwin atau mudah untuk bersembahyang, ada pihak mudah terpengaruh," katanya.
Tengku Adnan berkata modus operandi kumpulan itu ialah berpakat sesame pengikut ajaran tersebut dengan menggunakan surau sebagai platform menyebarkan fahaman kepada khalayak.
Dalam ajarannya mereka didapati mencampuradukkan ajaran Islam dan Kristian, katanya.
Bernama
Wed Mar 30 2016
![Laporan tindakan Muhyiddin, Mukhriz ke lembaga disiplin UMNO - Tengku Adnan Laporan tindakan Muhyiddin, Mukhriz ke lembaga disiplin UMNO - Tengku Adnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448417161_TengkuAdnan.jpg)
TENGKU ADNAN: Kita bukan seperti parti politik lain yang membuang ahlinya sesuka hati, UMNO mempunyai cara dan peraturan yang perlu diikut seperti termaktub dalam perlembagaan parti. - Gambar fail
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
![Bersatu rujuk Ahli Parlimen Gua Musang, Jeli ke lembaga disiplin parti Bersatu rujuk Ahli Parlimen Gua Musang, Jeli ke lembaga disiplin parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692948903_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Bersatu rujuk Ahli Parlimen Gua Musang, Jeli ke lembaga disiplin parti
Parti Bersatu akan merujuk dua Ahli Parlimen daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Lembaga Disiplin Bersatu.
![Tian Chua sahkan fail rayuan pemecatannya Tian Chua sahkan fail rayuan pemecatannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673178678_TianChuaKalahBat.jpg)
Tian Chua sahkan fail rayuan pemecatannya
Bekas Ahli Parlimen Batu berkata, rayuan itu dibuat sebelum tempoh akhir yang ditetapkan oleh PKR.
![Isu klip video pemilihan UMNO dibawa ke Lembaga Disiplin Isu klip video pemilihan UMNO dibawa ke Lembaga Disiplin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677461069_TBUMNO.jpg)
Isu klip video pemilihan UMNO dibawa ke Lembaga Disiplin
Shahrir Abdul Samad berkata, isu tersebut akan dibawa ke Lembaga Disiplin parti tersebut bagi tindakan selanjutnya.
![Armand Azha sahkan dipanggil Lembaga Disiplin UMNO Armand Azha sahkan dipanggil Lembaga Disiplin UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676851825_TBArmandAzha.jpg)
Armand Azha sahkan dipanggil Lembaga Disiplin UMNO
Beliau bagaimanapun tidak mengetahui alasan kenapa dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.
![Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599112160_FaizalAzumu.jpg)
Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian
Lembaga Disiplin parti terlebih dahulu perlu menyiasat dan memanggil Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sebelum membuat sebarang keputusan.
![Azmin, Zuraida dipecat dari PKR berkuat kuasa serta-merta Azmin, Zuraida dipecat dari PKR berkuat kuasa serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571138670_Azmin.jpg)
Azmin, Zuraida dipecat dari PKR berkuat kuasa serta-merta
Tindakan drastik itu diambil kerana tindakan kedua-dua individu berkenaan pada Ahad dianggap satu pengkhianatan terbuka dan mampu menjejaskan kestabilan Pakatan Harapan (PH).
![Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582234185_TBAfifBahardin.jpg)
Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.
![Tenang dan tunggu keputusan, kata Saifuddin kepada Zuraida Tenang dan tunggu keputusan, kata Saifuddin kepada Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51581739713_SAIFUDDINBERTENANG.jpg)
Tenang dan tunggu keputusan, kata Saifuddin kepada Zuraida
Jelasnya, pemimpin itu perlu tenang dan jangan mengeluarkan sebarang kenyataan dibimbangi berlaku percanggahan dengan surat bertulis yang telah diberikan.
![Zuraida sahkan kehadiran pendengaran Lembaga Disiplin PKR 25 Feb Zuraida sahkan kehadiran pendengaran Lembaga Disiplin PKR 25 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569588660_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Zuraida sahkan kehadiran pendengaran Lembaga Disiplin PKR 25 Feb
Dalam pertemuan itu, beliau akan memberikan penjelasan lebih lanjut, mengenai setiap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya oleh Lembaga Disiplin parti sebelum ini.
![Hal Zuraida, itu urusan Lembaga Disiplin - Anwar Hal Zuraida, itu urusan Lembaga Disiplin - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41579011049_anwaribrahim.jpg)
Hal Zuraida, itu urusan Lembaga Disiplin - Anwar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada Lembaga Disiplin berhubung tindakan keatas terhadap Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin.