Seorang anggota parlimen mencadangkan agar laporan siasatan jawatankuasa khas yang ditubuh bagi menyiasat kes salah laku penjawat awam dalam mengurus wang negara seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, didedah kepada umum apabila siap kelak.
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
"Saya menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap mereka terlibat dan tiada kemaafan harus diberi penjawat yang berbuat demikian yang boleh dianggap pengkhianatan kepada rakyat," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini Rabu.
Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam.
Membahaskan rang undang-undang sama, William @ Nyallau Anak Badak (BN-Lubok Antu) pula membangkitkan isu pelancongan dengan mencadangkan agar usaha meningkatkan sektor pelancongan di Sarawak dipergiat sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan disaran mengadakan program khas membantu penduduk rumah panjang untuk mengendalikan inap desa.
Katanya program itu bukan sahaja dapat menjadi satu tarikan pelancong untuk mengenali budaya masyarakat setempat dengan lebih dekat tetapi juga mampu membantu penduduk kampung menjana pendapatan yang lebih baik.
Beliau turut mencadangkan supaya Taman Negara Batang Ai di Lubok Antu dibangunkan dengan membina lebih banyak kemudahan rekreasi dan infrastruktur memandangkan kawasan itu merupakan habitat orang utan dan mampu menarik pelancong.
Bersetuju dengan pandangan William, Masir Anak Kujat (BN-Sri Aman) pula mencadangkan kepada kerajaan supaya Pesta Gawai Dayak atau Pesta Menuai Padi di negeri itu dipromosi secara besar-besaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Persidangan bersambung Khamis.
Bernama
Thu Nov 07 2013
![Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41383789491_295x200.jpg)
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Palanivel : MIC perlu RM3 bilion Palanivel : MIC perlu RM3 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61385889663_295x200.jpg)
Palanivel : MIC perlu RM3 bilion
Apa yang diperuntukan kerajaan ketika ini masih tidak mencukupi untuk membolehkan masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, tambah Palanivel.
![Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41383789491_295x200.jpg)
Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP
Perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
![Usaha tambah baik kewangan awam bantu kukuhkan pasaran saham Usaha tambah baik kewangan awam bantu kukuhkan pasaran saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51369055187_295x200.jpg)
Usaha tambah baik kewangan awam bantu kukuhkan pasaran saham
Usaha kerajaan untuk menambah baik kewangan awam seperti yang dibayangkan dalam Bajet 2014 akan mengukuhkan lagi pasaran saham dan pasaran pertukaran asing.
![Hujung minggu bersama Suhaimi Sulaiman Hujung minggu bersama Suhaimi Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/81383373497_120x90.jpg)
Hujung minggu bersama Suhaimi Sulaiman
Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman bersembang dengan salah seorang penggiat industri fesyen dan melihat pandangannya mengenai Bajet 2014.
![GST: Barangan bercukai dan tidak bercukai GST: Barangan bercukai dan tidak bercukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/81383297070_120x90.jpg)
GST: Barangan bercukai dan tidak bercukai
Sepintas lalu barangan bercukai dan tidak bercukai selepas perlaksanaan GST di Malaysia, ASEAN dan negara lain.
![Bajet dan nasihat Nabi Shu'aib Bajet dan nasihat Nabi Shu'aib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/61355644354_120x90.jpg)
Bajet dan nasihat Nabi Shu'aib
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengupas soal pengurusan ekonomi dengan menggali pesan-pesan yang ditinggalkan oleh Nabi Shu'aib.
![Bajet, GST dan moral Bajet, GST dan moral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41383279461_120x90.jpg)
Bajet, GST dan moral
Dr. Mujahid Yusof Rawa memberikan pandangannya tentang Bajet 2014 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
![GST: Kerajaan perlu sedia mekanisme elak bebanan rakyat GST: Kerajaan perlu sedia mekanisme elak bebanan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81366543754_295x200.jpg)
GST: Kerajaan perlu sedia mekanisme elak bebanan rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat satu mekanisme mengelak bebanan rakyat ekoran pengenalan GST perlu disediakan kerajaan.
![Bajet 2014 tidak beri impak ke atas penarafan Bajet 2014 tidak beri impak ke atas penarafan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81382980064_295x200.jpg)
Bajet 2014 tidak beri impak ke atas penarafan
Standard & Poor's Ratings Services berkata cadangan kerajaan Malaysia dalam Bajet 2014 tidak memberi impak ke atas prospek negara ini.
![Bursa Malaysia beri reaksi positif Bursa Malaysia beri reaksi positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365010284_120x90.jpg)
Bursa Malaysia beri reaksi positif
Pembentangan Bajet 2014 memberi ransangan kepada Bursa Malaysia untuk didagang positif sepanjang minggu ini.