KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 15 Jun ini untuk mendengar permohonan pasukan petugas khas dan kerajaan bagi membatalkan saman pemula oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berhubung laporan siasatan mengenai kandungan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".
Thomas selaku plaintif, memfailkan saman itu dengan menamakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Datuk Seri Fong Joo Chung, tujuh ahli pasukan itu dan kerajaan sebagai defendan.
Selain Fong, ahli pasukan petugas itu terdiri daripada Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Datuk Dr Junaidah Kamaruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K Balaguru, Farah Adura Hamidi dan Mohd Najib Surip.
Peguam Kanan Persekutuan, Nur Irmawatie Daud mewakili kesemua defendan ketika dihubungi berkata, mahkamah turut mengarahkan pihaknya memfailkan hujahan bertulis pada 27 Mac ini.
"Plaintif juga diarah memfailkan hujahan bertulis pada 10 April dan kesemua defendan memfailkan hujahan balas pada 2 Mei, sekiranya ada," katanya selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hari ini yang turut disertai peguam Haikaldin Mahyidin, mewakili Thomas.
Thomas, yang merupakan Peguam Negara antara Jun 2018 hingga Februari 2020, memohon perisytiharan bahawa, laporan bertajuk "Laporan Pasukan Petugas Khas - Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice In The Wilderness", merupakan dokumen tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang.
Dalam saman pemula itu, beliau berkata, penerbitan laporan itu melanggar Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan dan/atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau juga memohon deklarasi bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan, melanggar haknya terhadap reputasinya seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) dan 13(1) Perlembagaan Persekutuan.
Buku tulisan bekas peguam negara itu diterbitkan pada Januari 2021 didakwa menimbulkan pelbagai kontroversi, menyebabkan Kabinet pada 8 Okt 2021 menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan kajian awal ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut.
Pada 13 Okt 2022, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu, antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 15 Jun ini untuk mendengar permohonan pasukan petugas khas dan kerajaan bagi membatalkan saman pemula oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. - Gambar fail BERNAMA
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.
Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".
Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.
Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Beliau berhasrat menarik diri atas alasan suaminya pernah berkhidmat di bawah Thomas dan kerana kes berkenaan melibatkan kepentingan awam.
Najib dibenar ke mahkamah dengar rayuan saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas pada 4 Okt
Najib dibenar hadir ke mahkamah minggu depan untuk pendengaran rayuannya berhubung saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Senarai nama jawatankuasa RCI siasat buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong - Zahid
Ahmad Zahid berkata, butiran senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Rayuan Najib gugurkan dua peguam Tommy Thomas ditolak
Hakim Hanipah berkata tiada kaitan antara kedua-dua peguam cara itu dan punca tindakan Najib dalam saman tersebut.
Najib dibenar hadir ke mahkamah, ikuti prosiding rayuan berkaitan saman terhadap Tommy Thomas
Kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke mahkamah adalah penting bagi membolehkan peguambela mendapat arahan yang sewajarnya daripadanya (Najib) berhubung rayuan itu.
Pendakwaan salah: Sundra Rajoo tidak teruskan saman terhadap Tommy Thomas, 12 lagi
Ini berikutan Sundra Rajoo telah memfailkan notis pemberhentian menerusi Tetuan Cheok Ng Lee Law Chambers pada 8 Mac lepas.
Laporan siasatan buku: Permohonan pasukan petugas, kerajaan batal saman Tommy Thomas didengar 15 Jun
Thomas memfailkan saman itu dengan menamakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas, tujuh ahli pasukan itu dan kerajaan sebagai defendan.