Sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) di Perak membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V serta agama Islam.
Laporan tersebut turut disertai oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri dan dibuat di Balai Polis Sungai Senam, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Selasa.
Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM), Gerakan Belia 4B Perak, Gerakan Belia 4B Ipoh Barat dan Suara Anak Muda Perak.
Dalam status FB tersebut, pengguna yang menggunakan nama Facebook 'Catt Ginger' bertindak kurang ajar dengan memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting dengan gambar kurang sopan.
Pengguna Facebook itu turut meletakkan ucapan Selamat Hari Raya pada 25 Jun lepas yang merupakan hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun, individu berkenaan difahamkan telah memuat naik kenyataan di laman Facebooknya pada 1 Julai lepas menafikan bahawa dia telah menghina Sultan Muhammad V selain telah membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat ,Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata laporan polis itu dibuat kerana ia dipercayai dilakukan atas niat melakukan provokasi agama sekaligus menimbulkan ketegangan dan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh negara.
"Perkara ini dilihat sangat kurang ajar kerana tindakan memperolok Yang di-Pertuan Agong bukanlah perkara yang boleh dilakukan sesuka hati tanpa menerima balasan sewajarnya.
"Malah, provokasi melampau ini bukan sahaja menimbulkan keresahan tetapi membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam negara ini.
"Provokasi seperti ini jika tidak dibendung dikhuatiri akan menyebabkan ketegangan kaum yang akhirnya akan memudaratkan keharmonian negara kita," katanya kepada pemberita sejurus selepas melakukan laporan polis berkenaan.
Sementara itu, beliau menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan bekerjasama dengan pihak SKMM berhubung perkara ini.
Katanya, tindakan yang sebelum ini hanya menjatuhkan hukuman ringan kepada pesalah tidak akan dapat memberikan satu contoh pengajaran kepada rakyat.
"Saya harap individu yang terlibat dapat dipenjarakan selain didenda dan bukan hanya membuat kenyataan memohon maaf sahaja.
Kami berharap pihak polis dapat menyiasat dan memberi maklumat secukupnya agar pendakwaan dapat dijalankan oleh pihak pendakwa dan wajar menjadi iktibar kepada pengguna media sosial yang lain agar perkara seumpama ini tidak berulang dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama Islam tidak lagi sewenang-wenangnya diperolok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2017
Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM), Gerakan Belia 4B Perak, Gerakan Belia 4B Ipoh Barat dan Suara Anak Muda Perak. - Foto Astro AWANI
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
Titah Adendum: Menteri-menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
ASEAN-Malaysia 2025 [6/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
[TERKINI] Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Ikuti secara langsung sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Hina Agong: Catt Ginger ditahan polis
Polis telah menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Catt Ginger' yang didakwa menghina Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Laporan polis dibuat ke atas pemilik FB hina Agong
Sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) di Perak membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V serta agama Islam.